BOLKIAH GARRISON, Thursday, 06 November 2025
– With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, eight senior officers of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) were promoted during a promotion ceremony held at the Bolkiah Garrison Officers’ Mess.
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam attended the ceremony to present the rank insignia to His Royal Highness 920 Major (U) Prince ‘Abdul Mateen, who was promoted to Acting Lieutenant Colonel. Accompanying His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office.
Also present at the ceremony were Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II; Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); Permanent Secretary at the Ministry of Defence; Members of the RBAF Executive Committee; Directors and Senior Officers of the Ministry of Defence; as well as family members of the promoted officers.
Among those promoted to the rank of Acting Lieutenant Colonel were Major (U) Muhd Nur Aidi bin Abd Razak, Major (U) Mohammad Kaisan bin Haji Ludin, Major (U) Awang Muhammad Yusra bin Jafar, Major (U) Arif Shamirul bin Salleh, Major (U) Muhammad Adif bin Zaman, Major (U) Pg Mohammad Azizul bin Pengiran Haji Zulkifly, and Major (U) Haji Abdul Hamid bin Awang Moslim. The Royal Brunei Air Force extends its heartfelt congratulations to all the senior officers for the promotions and expresses its deepest gratitude to their families for their unwavering support, which has been instrumental in the success and dedication of all RBAirF personnel.





KENAIKAN PANGKAT 08 ORANG PEGAWAI KANAN TUDB
BOLKIAH GARISON, Khamis, 06 November 2025 – Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai lapan Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat dalam Majlis Kenaikan Pangkat yang berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan lencana pangkat kepada Paduka Anakanda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen yang telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel.
Turut berangkat ialah Paduka Anakanda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Ahli-ahli Badan Eksekutif ABDB, Pengarah-Pengarah serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ahli keluarga pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat.
Antara yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Leftenan Kolonel adalah Mejar (U) Muhd Nur Aidi bin Abd Razak, Mejar (U) Mohammad Kaisan bin Haji Ludin, Mejar (U) Awang Muhammad Yusra bin Jafar, Mejar (U) Arif Shamirul bin Salleh, Mejar (U) Muhammad Adif bin Zaman, Mejar (U) Pg Mohammad Azizul bin Pengiran Haji Zulkifly dan Mejar (U) Haji Abdul Hamid bin Awang Moslim. Tentera Udara Diraja Brunei merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua pegawai kanan ke atas kenaikan pangkat dan juga menyampaikan penghargaan kepada keluarga para pegawai atas sokongan yang tidak berbelah bahagi, yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan dan dedikasi setiap anggota TUDB.





