PENANJONG GARRISON, Thursday, 23 May 2025 – With the consent of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, 102 Royal Brunei Air Forces Forces (RBAirF) personnel, consisting of in-service and retired members, received their Long Service and Good Conduct Medals in a ceremony held at the Nikmat Hall, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Penanjong Garrison. 




102 ANGGOTA TUDB TERIMA PINGAT KERJA LAMA DAN PERANGAI BAIK (TENTERA)
PENANJONG GARISON, Khamis , 23 Mei 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan seramai 102 anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), terdiri daripada anggota yang sedang berkhidmat dan juga yang telah bersara, telah menerima Pingat Perkhidmatan Lama dan Kelakuan Baik dalam majlis yang diadakan di Dewan Nikmat, Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison.
Penyampaian pingat tersebut telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, sebagai satu bentuk pengiktirafan yang bermakna terhadap khidmat setia, kelakuan terpuji dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh penerima.
Pemerintah TUDB, Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, juga turut hadir menyaksikan majlis tersebut. Dedikasi dan profesionalisme yang ditunjukkan mencerminkan nilai-nilai teras ABDB dan menjadi teladan yang positif kepada seluruh warga ABDB.


