
KUALA LUMPUR, Tuesday, 28 July 2026 – Two Royal Brunei Air Force (RBAirF) officers, Major (Udara) Muhammad Nazmi bin Dato Paduka Haji Mohammad Shahminan and Lieutenant (Udara) Abdul Qayum Ar’Rasyid bin Zaidi, attended the 12th International Search and Rescue (ISAR) Exhibition & Conference.
Held from 28 to 30 July 2026, the conference featured specialized briefings on maritime, aviation, and oil and gas SAR operations, alongside strategies for inter-agency coordination.
As part of the itinerary, the officers visited the ISAR Exhibition and Subang Air Base, gaining critical insights into current SAR practices and emerging technologies.
The event gathered military organizations, industry representatives, and disaster management experts from 30 countries to exchange knowledge and best practices in emergency response.
The RBAirF’s participation underscores its commitment to enhancing operational knowledge and strengthening collaboration with regional and international SAR stakeholders.



PEGAWAI TUDB HADIRI PERSIDANGAN ISAR KE-12 DI MALAYSIA
KUALA LUMPUR, Selasa, 28 Julai 2026 – Dua pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Mejar (Udara) Muhammad Nazmi bin Dato Paduka Haji Mohammad Shahminan dan Leftenan (Udara) Abdul Qayum Ar’Rasyid bin Zaidi, telah menghadiri International Search and Rescue (ISAR) ke-12.
Persidangan yang berlangsung dari 28 hingga 30 Julai 2026 itu membentangkan taklimat khusus mengenai operasi SAR maritim, penerbangan, serta minyak dan gas, di samping strategi penyelarasan antara agensi.
Sebagai sebahagian daripada rangka lawatan, pegawai-pegawai tersebut turut melawat Pameran ISAR dan Pangkalan Udara Subang bagi mendapatkan pendedahan penting mengenai amalan SAR semasa serta teknologi terkini yang sedang berkembang.
Acara itu mengumpulkan organisasi ketenteraan, wakil industri, dan pakar pengurusan bencana dari 30 buah negara untuk saling bertukar pengetahuan serta amalan terbaik dalam tindak balas kecemasan.
Penyertaan TUDB ini memperlihatkan komitmen berterusan dalam mempertingkatkan pengetahuan operasi serta memperkukuh kerjasama dengan pihak berkepentingan SAR di peringkat serantau dan antarabangsa.
