RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 05 August 2026 – The 11th LATMA ELANG BRUNESIA 2026 Initial Planning Conference (IPC) between the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Indonesian Air Force (IDAF) was conducted virtually on 5th August 2026.

The IPC was Co-Chaired by Major (U) Muhammad Isyhak bin Hj Ismail, Commanding Officer No.3 Wing, Operations Group, RBAirF and Lieutenant Colonel PnBM. Ravi Rakasiwi, Commander of 6th Squadron, IDAF.

The conference facilitated the discussion and the exchange of views on the upcoming LATMA ELANG BRUNESIA XI/2026 Field Training Exercise (FTX) that is scheduled to be held in November this year, hosted by RBAirF. The main objective of the exercise is to assess the level of interoperability between RBAirF and IDAF through the exchange of skills and experiences and at the same time identifying best practices. The exchanges are expected to foster the longstanding strong relationship between RBAirF and IDAF

.PERSIDANGAN PERANCANGAN AWAL  LATMA ELANG BRUNESIA XI/2026

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 05 Ogos 2026 – Persidangan Perancangan Awal LATMA ELANG BRUNESIA ke 11 bagi tahun 2026 telah berlangsung secara maya pada 5 Ogos 2026 di antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU).

Persidangan tersebut dipengerusikan bersama oleh Mejar (U) Muhammad Isyhak bin Hj Ismail, Pegawai Pemerintah Cawangan No.3, Kumpulan Gerakan, TUDB dan Leftenan Kolonel PnB M. Ravi Rakasiwi, Pemerintah Skuadron Udara 6, TNI AU.

Persidangan ini merupakan landasan bagi kedua-dua pihak untuk membincang serta bertukar pandangan mengenai dengan Field Training Exercise (FTX) LATMA ELANG BRUNESIA XI/2026 yang akan dilaksanakan pada bulan November tahun ini, yang mana TUDB akan menjadi tuan rumah. Objektif utama latihan tersebut adalah untuk menilai tahap kesalingoperasian di antara TUDB dan TNI AU menerusi pertukaran kemahiran dan pengalaman serta mengenal pasti amalan terbaik. Pertukaran tersebut dijangka dapat terus memperkukuhkan hubungan kerjasama yang telah lama terjalin di antara TNI AU dan TUDB.