RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 07 August 2026 – Yang Amat Mulia Lieutenant (U) Pengiran Anak ‘Abdul Raqiib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim and Lieutenant (U) Awangku Muhammad Habibullah bin Pengiran Haji Jufri have successfully completed the second Air Force Young Officer (AFYO) Course 02/2026, conducted from 27 July to 07 August 2026. The course was organised by 81 Squadron, No.8 Wing, Training Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF).

The AFYO Course was designed to equip newly commissioned RBAirF officers with the essential knowledge, skills and leadership foundations required for their initial appointments within the service. The course strengthened the participants’ understanding of professional responsibilities, organisational expectations and leadership principles while enhancing  confidence, decision-making abilities, and readiness to undertake their respective roles within RBAirF.

As part of the course programme, course participants attended a series of professional engagement sessions covering military law, professional conduct, workplace well-being, and the standards expected of commissioned officers. The course also included leadership development modules on the RBAF Leadership Model, Islamic Leadership, and the RBAirF Core Values, reinforcing the leadership philosophy, professional values, and standards expected of commissioned officers.

During the certificate presentation, Yang Amat Mulia Lieutenant (U) Pengiran Anak ‘Abdul Raqiib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim delivered a reflection on his experience throughout the course. In his reflection, he highlighted how the course broadened their understanding beyond their respective branches by providing greater exposure to the wider roles and responsibilities within the RBAirF. The course also encouraged exchange of perspectives, critical thinking and a deeper appreciation of how their actions as young officers impact the people around them, better preparing them to undertake future responsibilities with confidence, professionalism and adaptability. The course concluded with a certificate presentation ceremony officiated by Colonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Commander Support Group, RBAirF.

The successful completion of AFYO Course 02/2026 reflects the RBAirF’s continued commitment to developing competent, disciplined, and professional officers who are well equipped to contribute effectively to the operational readiness and future development of RBAirF.

PEGAWAI TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENAMATKAN KURSUS AIR FORCE YOUNG OFFICER 02/2026

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 07 Ogos 2026 – Yang Amat Mulia Leftenan (U) Pengiran Anak ‘Abdul Raqiib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim dan Leftenan (U) Awangku Muhammad Habibullah bin Pengiran Haji Jufri telah berjaya menamatkan Kursus Air Force Young Officer 02/2026 bermula dari 27 Julai hingga 07 Ogos 2026. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Skuadron 81, Cawangan No.8, Kumpulan Latihan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Kursus Air Force Young Officer (AFYO) ini bertujuan untuk melengkapkan pegawai TUDB yang baru ditauliahkan dengan pengetahuan, kemahiran serta asas kepimpinan yang diperlukan bagi melaksanakan penugasan awal mereka dalam perkhidmatan. Kursus ini turut memperkukuhkan pemahaman peserta terhadap tanggungjawab profesional, organisasi serta prinsip-prinsip kepimpinan di samping meningkatkan keyakinan, keupayaan membuat keputusan dan kesiapsiagaan dalam melaksanakan tugas di unit masing-masing.

Sebagai sebahagian daripada program kursus, peserta-peserta telah menghadiri beberapa sesi perkongsian yang dikendalikan oleh pelbagai organisasi dan pakar dalam bidang masing-masing. Sesi-sesi tersebut memberikan pendedahan mengenai undang-undang ketenteraan, etika dan profesionalisme, kesejahteraan di tempat kerja serta piawaian yang dihasratkan daripada seorang pegawai bertauliah. Kursus ini turut merangkumi modul pembangunan kepimpinan yang memfokuskan kepada Model Kepimpinan ABDB, Kepimpinan Islam, dan Nilai-Nilai Teras TUDB, sekali gus memperkukuhkan falsafah kepimpinan dan nilai-nilai profesional yang diharapkan dan dihayati oleh setiap pegawai bertauliah.

Semasa penyampaian sijil, Yang Amat Mulia Leftenan (U) Pengiran Anak ‘Abdul Raqiib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim telah menyampaikan refleksi mengenai pengalamannya disepanjang mengikuti kursus. Dalam refleksi tersebut, Yang Amat Mulia mengetengahkan bagaimana kursus ini telah memperluaskan pemahaman peserta dalam bidang kepakaran masing-masing melalui pendedahan yang lebih menyeluruh terhadap pelbagai peranan dan tanggungjawab dalam TUDB. Yang Amat Mulia turut mengongsikan bahawa kursus ini telah menggalakkan perkongsian pandangan dan pemikiran kritikal, di samping meningkatkan kesedaran bagaimana tindakan mereka sebagai pegawai muda memberi kesan kepada individu di sekeliling mereka, sekali gus mempersiapkan para peserta untuk memikul tanggungjawab pada masa hadapan dengan lebih yakin, profesional dan adaptif. Kursus ini diakhiri dengan Majlis Penyampaian Sijil yang disempurnakan oleh Kolonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Pemerintah Kumpulan Bantu, TUDB.

 

Kejayaan pelaksanaan Kursus AFYO 02/2026 mencerminkan komitmen berterusan TUDB dalam melahirkan pegawai yang kompeten, berdisiplin dan profesional, serta bersedia menyumbang secara berkesan ke arah kesiapsiagaan operasi dan pembangunan berterusan.