CHANCELLOR HALL, UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM, Tuesday, 11 August 2026 – His Royal Highness Prince (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office and Pro-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam (UBD) graced the afternoon session of the 38th UBD Convocation Ceremony at the Chancellor Hall, UBD, where His Royal Highness presented certificates to the graduates, marking a significant milestone in their academic journey.

Among the graduates were six officers from the Royal Brunei Air Force (RBAirF), who successfully completed their Master of Defence and Security Studies (MDSS). The graduates were Lieutenant Colonel (U) Arif Syazwi bin Haji Md Idris, Major (U) Pengiran Mohd Ajijol bin Pengiran Omar, Major (U) Muhd Adib bin Haji Hashim, Major (U) Dayangku Aainaamolyatie binti Pengiran Salim, Major (U) Hajah Noraisah binti Haji Abdul Fatra, and Major (U) Muhammad Ammar Rusyduddin bin Ahmad.

The successful completion of the MDSS marks a significant professional and academic achievement for the six RBAirF officers. Their accomplishment reflects their commitment to continuous professional development, intellectual growth, and the pursuit of excellence in the field of defence and security.

The Royal Brunei Air Force extends its heartfelt congratulations to all the graduating officers and wishes them continued success in their future endeavours.

PEGAWAI-PEGAWAI TUDB ANTARA GRADUAN PADA MAJLIS KONVOKESYEN KE-38 UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

DEWAN CANSELOR, UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM, Selasa, 11 Ogos 2026 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pro Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen UBD kali ke-38 dan seterusnya menyempurnakan pengurniaan sijil kepada para graduan bertempat di Dewan Canselor, UBD.

Antara para graduan yang menerima ijazah ialah enam orang pegawai daripada Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam program Sarjana Pengajian Pertahanan dan Keselamatan (Master of Defence and Security StudiesMDSS). Mereka terdiri daripada Leftenan Kolonel (U) Arif Syazwi bin Haji Md Idris, Mejar (U) Pengiran Mohd Ajijol bin Pengiran Omar, Mejar (U) Muhd Adib bin Haji Hashim, Mejar (U) Dayangku Aainaamolyatie binti Pengiran Salim, Mejar (U) Hajah Noraisah binti Haji Abdul Fatra, dan Mejar (U) Muhammad Ammar Rusyduddin bin Ahmad.

Kejayaan menamatkan pengajian dalam program MDSS merupakan satu pencapaian akademik dan profesional yang signifikan bagi keenam-enam pegawai TUDB tersebut. Pencapaian ini mencerminkan komitmen mereka terhadap pembangunan profesional yang berterusan, pengembangan ilmu pengetahuan serta usaha berterusan dalam mencapai kecemerlangan dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

TUDB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai atas kejayaan menamatkan pengajian tersebut dan semoga terus mencapai kecemerlangan dan kejayaan pada masa hadapan.