JERUDONG, 13 August 2026 – Two officers from the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Captain (Udara) Nur Hasinah binti Haji Rosli and Lieutenant (Udara) Muhammad Abdul Syakir bin Haji Basri, attended the Aviation Investigation, Techniques and Management Training Programme, organised through a collaboration between the Ministry of Transport and Infocommunications (MTIC) and the Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD). The programme was conducted by the Transport Safety Investigation Bureau (TSIB) Singapore and held from 10 to 13 August 2026 at Parkview Hotel, Jerudong.

The four-day programme provided participants with practical knowledge and a comprehensive understanding of the fundamental principles, techniques and management of aviation occurrence and accident investigations. Key areas covered included aviation safety requirements, occurrence reporting and classification, investigation procedures, evidence gathering, interview techniques, human factors, accident site management and investigation report preparation. Through practical exercises and case studies, the programme further enhanced participants’ understanding of the multidisciplinary nature of aviation investigations and emphasised the importance of adopting a structured and systematic approach in establishing accurate findings and contributing towards the continuous enhancement of aviation safety

The programme also provided a valuable platform for participants from various agencies to exchange relevant best practices, experiences and perspectives, fostering knowledge sharing and strengthening professional competencies in aviation safety and investigation. The programme further contributed to enhancing organisational awareness, preparedness and capability in supporting effective aviation occurrence and accident investigations, while reinforcing the continued commitment to upholding best practices and promoting continuous improvement in aviation safety.

PEGAWAI TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI (TUDB) MENGHADIRI PROGRAM AVIATION INVESTIGATION TECHNIQUES AND MANAGEMENT TRAINING

JERUDONG, 13 Ogos 2026 – Dua orang pegawai daripada Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), iaitu Kapten (Udara) Nur Hasinah binti Haji Rosli dan Leftenan (Udara) Muhammad Abdul Syakir bin Haji Basri, telah menghadiri Aviation Investigation, Techniques and Management Training Programme yang dianjurkan melalui kerjasama antara Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD), serta dikendalikan oleh Transport Safety Investigation Bureau (TSIB), Republik Singapura. Program tersebut telah berlangsung dari 10 hingga 13 Ogos 2026 di Parkview Hotel, Jerudong.

Program selama empat hari tersebut telah memberikan para peserta pengetahuan praktikal dan pemahaman menyeluruh mengenai prinsip asas, teknik serta pengurusan dalam melaksanakan penyiasatan kejadian dan kemalangan penerbangan. Program ini merangkumi aspek-aspek utama seperti keperluan keselamatan penerbangan, pelaporan dan pengklasifikasian kejadian, prosedur penyiasatan, pengumpulan bukti, teknik temu bual, faktor manusia, pengurusan tapak kemalangan serta penyediaan laporan penyiasatan. Melalui latihan praktikal dan kajian kes, program ini turut memperkukuh pemahaman para peserta mengenai sifat penyiasatan penerbangan yang melibatkan pelbagai bidang kepakaran, di samping menekankan kepentingan pendekatan yang berstruktur dan sistematik dalam menghasilkan penemuan yang tepat serta menyumbang kepada peningkatan berterusan tahap keselamatan penerbangan.

Program tersebut turut menyediakan platform yang bernilai kepada para peserta daripada pelbagai agensi untuk berkongsi amalan terbaik, pengalaman serta pandangan yang berkaitan, sekali gus menggalakkan perkongsian pengetahuan dan memperkukuh kompetensi profesional dalam bidang keselamatan dan penyiasatan penerbangan. Penyertaan dalam program ini juga menyumbang kepada peningkatan kesedaran, kesiapsiagaan dan keupayaan organisasi dalam menyokong pelaksanaan penyiasatan kejadian dan kemalangan penerbangan yang berkesan, di samping memperkukuh komitmen berterusan terhadap penerapan amalan terbaik serta peningkatan berterusan dalam aspek keselamatan penerbangan.