RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 17 January 2018  - Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted a farewell visit by the Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Commander RBAF was received by Commander RBAirF, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Deputy Commander and Senior Officers of the RBAirF.  
The farewell visit began with the presentation of an Honourary Salute to the Commander of RBAF by the Guard of Honour comprising of 56 airmen of the RBAirF led by 998 Captain (U) Muhd Adib bin M. Abidin. This was followed by a parchment signing at Rajawali Lobby, RBAirF Headquarters.

The farewell visit continued with the Tree Planting ceremony witnessed by the Commanding Officers of RBAirF at the RBAirF Headquarters compound.
 
RBAirF Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and Non-Commissioned Officers (JNCOs) hosted the Commander with hi-tea at Dewan Punai where Commander RBAF had the opportunity to address the airmen and airwomen with his farewell speech. The RBAirF Sergeant Major on behalf of RBAirF SNCO and JNCO then presented Commander with a commemorative memento.
 
Commander RBAirF later invited Commander RBAF to a ‘meet and greet’ session with Officers of the RBAirF at the Air Movement Centre (AMC). The session began with a group photo of Commander RBAF with RBAirF Officers and airmen followed by a meet and greet with the RBAirF Officers.

In his speech, Commander RBAirF stated that under the leadership of Yang Dimuliakan Pehin, he had provided RBAirF with clear direction, alignment and the freedom to exercise mission command. This has enabled the RBAirF to flourish professionally and function more efficiently.

Commander RBAF was then presented with a momento by Commander RBAirF on behalf of RBAirF Officers in the form of an Aircrew Helmet with Night Vision Goggles signifying his clarity in communication, vision and leadership as Commander RBAF.
The visit concluded with a closing prayer As Commander RBAF departed Rimba Air Force Base, personnel of the RBAirF lined the main road from the AMC to the main gate to bid a final farewell.
LAWATAN PERSARAAN PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

RIMBA AIR FORCE BASE, Rabu, 17 Januari 2018 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menganjurkan Lawatan Persaraan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah.

Ketibaan Pemerintah ABDB telah disambut oleh Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Timbalan Pemerintah dan Pegawai-pegawai Kanan TUDB.

Lawatan Persaraan dimulakan dengan penyampaian Tabek Kehormat kepada Pemerintah ABDB daripada Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 56 anggota TUDB di bawah perintah Ketua Perbarisan, 998 Kapten (U) Muhd Adib bin M. Abidin. Pemerintah ABDB seterusnya menandatangan Lembaran Kenangan di Ruang Legar Rajawali, Markas TUDB.

Lawatan diteruskan dengan Majlis Penanaman Pokok yang disaksikan oleh Pegawai-pegawai Pemerintah TUDB di halaman Markas TUDB.

Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) dan Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah) telahpun menganjurkan hi-tea bersama Pemerintah ABDB di Dewan Punai dimana Yang Dimuliakan Pehin berpeluang untuk menyampaian ucapan perpisahannya dan diikuti dengan penyampaian Cenderahati Kenangan daripada warga PTB Kanan dan Rendah TUDB oleh Sarjan Mejar TUDB.

Pemerintah TUDB kemudian menjemput Pemerintah ABDB beredar ke Pusat Pergerakan Udara, TUDB bagi sesi beramah mesra bersama Pegawai-pegawai TUDB.. Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai bersama Pegawai–pegawai TUDB, dan beberapa anggota PTB Kanan dan Rendah TUDB yang diikuti dengan sesi bersama Pegawai TUDB.

Dalam ucapan Pemerintah TUDB menyatakan di bawah kepimpinan Yang Dimuliakan Pehin telahpun memberi TUDB pandu arah yang jelas, penjajaran dan kebebasan bagi melaksanakan ‘mission command’ yang membolehkannya TUDB untuk berkembang secara profesional dan berfungsi dengan lebih cekap.
Pemerintah ABDB kemudian disampaikan dengan Cenderahati Kenangan daripada warga Pegawai TUDB oleh Pemerintah TUDB yang berbentuk Aircrew Helmet with Night Vision Goggles menandakan perhubungan yang jelas, visi serta kepimpinan yang mantap sebagai Pemerintah ABDB.

Lawatan diakhiri dengan doa penutup. Sebagai tanda perpisahan terakhir dari TUDB, anggota TUDB berbaris disepanjang jalan utama dari Pusat Pergerakan Udara hingga ke pintu masuk utama Pangkalan Tentera Udara Rimba.