RIMBA AIR FORCE BASE, Friday 17 November 2017– Royal Brunei Air Force (RBAirF) Badan Kebajikan Isteri-Isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI) held a handing over ceremony for the donation sets of Muqaddam to Surau Al-Barakah RBAirF. 13 set of Muqaddam were donated for the use of participant during their Quran recital class at the surau every Friday.

Representing Datin Maria Eliza Carlos Abdullah (head of RBAirF BAKTI), Dyg Hjh Rosnah @ Lily bini Hj Matamit, Head of Religious Section handed over the donation to the Chairman Surau Al-Barakah TUDB Major (U) Muhammad Zabri bin Abdul Rahman.
The ceremony concluded with doa selamat led by Imam Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base, WO2 Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar.

MAJLIS PENYERAHAN MUQADDAM KEPADA SURAU AL-BARAKAH TUDB DARIPADA BAKTI TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat 17 November 2017 – BAKTI TUDB telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan wakaf muqaddam kepada Surau Al-Barakah TUDB. Sebanyak 13 buah Muqaddam telah diwakafkan yang bertujuan bagi penggunaan peserta kelas mengaji yang dijalankan di Surau Al-Barakah TUDB pada setiap hari jumaat.

Mewakili Datin Maria Eliza Carlos Abdullah (Ketua Cawangan Bakti TUDB), Dyg Hjh Rosnah @ Lily bini Hj Matamit, Ketua Bahagian Keagamaan menyerahkan sumbangan wakaf tersebut kepada Pengerusi Surau Al-Barakah TUDB Mejar (U) Muhammad Zabri bin Abdul Rahman.
Majlis diakhiri dengan doa selamat yang dibacakan oleh Imam Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei, PW2 Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar.