CHONG PANG CAMP, Singapore, Tuesday 29 August 2017 – Bilateral exercise code-named ‘Ex AIRGUARD 23/2017’ between Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Republic of Singapore Air Force (RSAF) was launched this morning at the 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion (18 DA Bn) in Chong Pang Camp, Singapore. The two week exercise held from 28 August to 11 September 2017 is the 23rd in the Ex AIRGUARD series.

Officiating the opening ceremony was by SLTC Kenneth Chiong Beng Han, Commander Divisional Air Defence Group, as the Guest of Honour.  Also in attendance were LTC Tan Swee Kiat, Commanding Officer 18 DA Bn and the representative from RBAirF, Major (U) Haji Habil bin Haji Adol, Deputy Commanding Officer No 2 Wing, RBAirF.


This year’s exercise focuses on the Joint Planning of Combined Air Defence Operations, and will involve about 70 personnel from both the Air Forces, engaging in air defence missions. This annual exercise is an avenue for the personnel of both countries to share their knowledge and experiences in the context of Operational Procedures.

MAJLIS PEMBUKAAN LATIHAN DUA HALA ‘EX AIRGUARD 23/2017’

PERKHEMAHAN CHONG PANG, Singapura, Selasa 29 Ogos 2017 – Latihan dua hala yang dinamakan ‘Ex AIRGUARD 23/2017’ di antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dengan Tentera Udara Republik Singapura (TURS) telahpun dirasmikan pagi tadi di 18 Divisional Air Defence Artillery Battalion (18 DA Bn), Perkhemahan Chong Pang, Singapura. Latihan yang dikendalikan selama dua minggu, bermula pada 28 Ogos hingga 11 September 2017 merupakan latihan ke-23 dalam siri Ex AIRGUARD.

Majlis Pembukaan Latihan tersebut telahpun dirasmikan oleh SLTC Kenneth Chiong Beng Han, Pemerintah Divisional Air Defence Group, sebagai Tetamu Kehormat. Turut hadir ialah LTC Tan Swee Kiat, Pegawai Pemerintah 18 DA Bn dan Mejar (U) Haji Habil bin Haji Adol, Timbalan Pegawai Pemerintah No 2 Wing, TUDB sebagai wakil daripada TUDB.

Latihan pada tahun ini menumpukan kepada Perancangan Bersama Gabungan Operasi Pertahanan Udara dan melibatkan seramai 70 anggota dari kedua Tentera Udara. Latihan setahun sekali ini menjadi satu landasan dalam perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam Prosedur Gerakan bagi kedua belah pihak. 

​