YOGYAKARTA, Indonesia,Wednesday, 27 September 2017 – Air Working Group (AWG) 6/2017 between Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Indonesian Air Force (IAF) was held successfully in Yogyakarta, Indonesia from 26 to 28 September 2017.The RBAirF was represented by Lt Col (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, Chief of Staff, RBAirF and  Cpt (U) Abdul Hamiz bin Osman, Staff Officer Grade III A7, RBAirF. Whereas IAF was represented by Col Pnb Ferdinand Roring, Senior Staff Officer for Training, IAF and Lt Col Pnb Onesmus G.R.A, Staff Officer For Exercise Planning, IAF

The AWG is held once every 2 years hosted by both countries on an alternate basis. The previous meeting was held in Rimba Air Force Base, Negara Brunei Darussalam from 09 to 13 March 2015. The objectives of AWG is to discuss visits, courses, training and exercises in order to strengthen and enhance the relationship between the two Air Forces.

The  AWG 6/2017 began with  opening remarks from the co-chairmen,  Col Pnb Ferdinand Roring and Lt Col (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said. The agenda continued with reviewing of AWG 5/2015 minutes and discussion of visits, courses, training and exercises (LATMA BRUNESIA) for the year 2018. The AWG 6/2017 concluded with closing remarks from both co-chairmen, exchanges of plaques and a group photo. An official dinner was hosted by the IAF where the signing of the AWG 6/2017 minutes  took place. The next AWG is planned to be held in Brunei Darussalam tentatively in 2019.

MESYUARAT KELOMPOK KERJA UDARA (KKU) KALI KE-6 DI ANTARA TUDB DAN TNI-AU

YOGYAKARTA, Indonesia,Rabu, 27 September 2017 – Kelompok Kerja Udara (KKU) 6/2017 di antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) telah berjaya dilaksanakan di Yogyakarta, Indonesia bermula dari 26 hingga 28 September 2017. Delegasi daripada TUDB diwakili oleh  Lt Kol (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, Ketua Staf, TUDB dan  Kpt (U) Abdul Hamiz bin Osman, Penolong Pegawai Turus A7, TUDB. Manakala TNI AU diwakili oleh Kol Pnb Ferdinand Roring, Perwira Bantuan 3, Latihan Staf Operasi, Angkatan Udara dan Lt Kol Pnb Onesmus G.R.A, Perwira Pembantu Madya Perencanaan Latihan Perwira Bantuan 3, Latihan Staf Operasi, Angkatan Udara.

KKU dikendalikan 2 tahun sekali dan dihoskan oleh kedua-dua negara secara bergantian. Mesyuarat sebelumnya telah diadakan di Pangkalan Tentera Udara Rimba, Negara Brunei Darussalam bermula dari 09 hingga 13 Mac 2015. Objektif bagi KKU adalah untuk membincangkan lawatan, kursus, latihan dan eksesais yang mana bertujuan untuk mengukuhkan dan meningkatkan hubungan antara kedua-dua Tentera Udara.

KKU 6/2017 dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Kol Pnb Ferdinand Roring, pengerusi bersama daripada TNI AU, diikuti dengan  kata aluan daripada Lt Kol (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said. Agenda diteruskan dengan menyemak minit  KKU 5/2015 dan perbincangan mengenai lawatan, kursus, latihan dan eksesais (LATMA BRUNESIA) bagi tahun 2018. KKU   6/2017 ditutup dengan ucapan penutup daripada kedua-dua pengerusi bersama, pertukaran plak dan bergambar ramai. Majlis makan malam rasmi telah dihoskan pada malam tersebut oleh TNI AU di mana penandatanganan minit mesyuarat KKU  6/2017 dilaksanakan. KKU seterusnya dirancang untuk diadakan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2019.

​