Berakas, Jumaat 26 Mei 2017 – Seramai 43 penuntut telah berjaya menamatkan Kursus Kepimpinan Koperal Siri 1/2017 yang mana Majlis Penutupan Kursus tersebut tealah diadakan bertempat di Harini Catering Service Sdn Bhd, Stadium Restoran, Bandar Seri Begawan. Tetamu Kehormat bagi penutupan kursus tersebut adalah 557 Mejar (U) Mohd Hairi Erwandy bin Haji Raya, Pegawai Pemerintah No 7 Wing, Kumpulan Latihan Tentera Udara Diraja Brunei.Kursus Kepimpinan Koperal ini adalah salah satu kursus yang dihadiri kerana ia adalah salah satu kursus mandatori kerjaya didalam struktur perkembangan kerjaya (SPK) bagi lain-lain peringkat. Kursus ini bermula daripada 1 Mei 2017 hingga 26 Mei 2017 dan sepanjang kursus ini dijalankan, peserta-peserta kursus telah dapat mengaplikasikan disiplin ilmu secara menyeluruh mengikut pelajaran-pelajaran yang telah diberkan.
Pelajaran dan pengetahuan kepimpinan seperti yang terdapat di nilai-nilai teras ABDB amnya dan nilai-nilai teras TUDB khasnya telah dihalusi dan pelajaran kawad berkumpulan adalah baru bagi sesi ini. Ini sedikit sebanyak telah dapat membantu anggota-anggota TUDB mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan, berkaliber, berkemahirandan berpengetahuan sesuai dengan nilai-nilai teras TUDB ‘Service Above Self, Team Work dan Excellence’.
Alhamdulillah, kesemua anggota-anggota kursus telah lulus dengan jayanya dan mencapai matlamat yang dikehendaki bagi memimpin dan merancang apa jua perintah dan tugas yang diamanahkan. Anugerah penuntut terbaik keseluruhan di sandang oleh 17596 Kpl (U) Mohammad Zulhaffiz Zarriq bin Ranee dari No 5 Wing.


