
BRIGEDIER JENERAL (U) DATO SERI PAHLAWAN SHAHRIL ANWAR BIN HAJI MA’AWIAH
PEMERINTAH TENTERA UDARA DI RAJA BRUNEI

Bismillahirahmanirahim, terlebih dahulu peramba/saya memanjatkan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala pencitpta segala makluk, Pentadbir Sekalian Alam, Yang Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Selawat serta salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat dan para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.
Alhamdulillah dengan rahmat dan izinNya jua sekali lagi kita telah diberikan kurnia rezeki bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh berkat dan syafaat iaitu bulan Ramadhan al Mubarrak. Peramba/saya mendoakan agar amalan kebajikan kita semua disepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini diterima dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Semoga segala dosa dan kesalahan kita sebelumnya akan mendapat pengampunan dariNya jua. Amin Ya Rabbal Aalamin.
Setelah sebulan merintasi keindahan Ramadhan, kini kita semua Alhamdulillah diberi kurnia umur panjang untuk sekali lagi bertemu dengan bulan Syawal bagi tahun 1438H, bulan kemenangan, bulan yang mulia yang penuh dengan keberkatan.
Dengan hati yang penuh terharu serta kesedihan dengan pemergian bulan Ramadhan, dan juga rasa gembira dan syukur dengan kedatangan bulan Syawal, peramba/saya berharap agar segala amalan dan ibadah yang diamalkan di bulan Ramadhan akan terus dilakukan di dalam kehidupan kita seharian. Peramba/saya juga berdoa agar kita diberi anugerah bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkat ditahun hadapan. Amin…..
Sementara menikmati Aidilfitri bersama keluarga, peramba/saya ingin mengingatkan kepada semua warga TUDB untuk menjaga kesejahteraan diri sebagai seorang tentera. Berhati-hati di jalan raya dan sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan. Keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati ini, kita mestilah bersyukur agar ianya bekekalan agar sambutan kegembiraan seperti hari raya dapat diraikan dengan penuh tenang dan aman.
Dikesempatan ini, peramba/saya serta keluarga dengan ingatan tulus ikhlas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Warga TUDB serta keluarga, termasuk kesemua yang bertugas di dalam TUDB atau di luar, di dalam negeri dan luar negeri. Akhirnya, saya sekali lagi mendoakan agar limpah rahmat dan keberkatan yang kita nikmati ini akan dikurniakan berterusan dan semoga segala amalan kita akan sentiasa diterima oleh Allah Azza wa Jalla. Amin.