Pangkalan Rimba, Jumaat, 05 Mei 2017 – Pada 08 Sya’ban 1438 bersamaan dengan 05 Mei 2017, Pemerintah Kumpulan Gerakan teleh menerima pucuk pimpinan yang baru. Upacara Serah terima Tugas Pemerintah Kumpulan Gerakan yang diadakan ini adalah diantara yang mulia 413 Kolonel (U) Md Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim dan yang mulia 339 Leftenan Kolonel (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman. Upacara ini telah berlangsung di Padang Kawad Markas Tentera Udara Diraja Brunei, Pangkalan Rimba.

Yang hadir menyaksikan upacara tersebut ialah semua warga tentera kumpulan gerakan dari No. 1 Wing, No. 2 Wing dan No. 3 Wing. Upacara dimulakan dengan Pemerintah Kumpulan Gerakan memeriksa Kawalan Kehormatan dan diikuti dengan ucapan dari Pemerintah Kumpulan Gerakan.

Acara diteruskan dengan Pemerintah Kumpulan Gerakan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dengan  Pemerintah Kumpulan Gerakan yang baru. Mantan Pemerintah Kumpulan Gerakan seterusnya menerima kehormatan yang terakhir dan upacara diteruskan dengan Pemerintah Kumpulan Gerakan yang baru memeriksa Kawalan Kehormatan.

Setelah Pemerintah Kumpulan Gerakan yang baru memeriksa Kawalan Kehormatan dan memberi kata-kata ucapan, acara ini diakhiri dengan doa kesyukuran yang di bawa oleh Guru Agama, Ustaz Said bin Haji Yusop diikuti dengan jamuan ringan.
​