BERAKAS GARISON, Khamis 01 Disember 2016 – Kejohanan Rentas Desa Askar Wanita Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2016/2017 telah berlangsung pagi ini di Mini Stadium Berakas Garison. Kategori yang dipertandingkan adalah kategori 8 km berpasukan, kategori 8 km terbuka dan kategori acara khas 5km.Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kekuatan jasmani dan kecergasan fizikal serta memupuk daya saing yang sihat. Kejohanan Rentas Desa disertai oleh pasukan dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).
Pasukan IL ABDB telah dinobatkan sebagai juara dan naib juara disandang oleh pasukan KEMENTAH. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan TLDB.
Hadir untuk menyampaikan piala kejohanan dan hadiah ialah Pegawai Turus Keanggotaan, Lt Kol Nooridah binti Hj Ibrahim kepada para pemenang.

