BUKIT AGOK TUTONG, Khamis 24 November 2016 – Kursus Jurulatih Pertahanan Udara (ADI) pengambilan ke-4 dan Kursus Pra-Lanjutan Pertahanan Udara (A2) sesi 2016 yang dikendalikan oleh Skuadron 77 No 7 Wing Kumpulan Latihan TUDB kini telah selesai dijalankan.
Penutup kedua-dua kursus ini digabungkan dalam satu latihan bersama “Eksesais Anak Panah Terbang 2016”  bermula 21 November 2016 sehingga 24 November 2016. Majlis Penutup latihan diteruskan dengan penutup kursus-kursus tersebut yang disaksikan oleh Mej (U) Amierul Halpi bin Talip Pegawai Memerintah 238 Skn No 2 Wing TUDB di Padang Tembak Bukit Agok.

Majlis penutup kursus dimulakan dengan penyampaian taklimat Pos Perintah Terup (TCP) yang disampaikan oleh peserta Kursus ADI dan seterusnya persembahan ditunjukkan dari peserta kursus A2 dengan menggunakan alat perlindungan yang baru yang dikenali dengan ‘Quick Release Shelter’. Selepas persembahan, tetamu kehormat dijumpat bagi melawat ketempat Deployment Ahli kursus pra lanjutan dan menyaksikan serangan dari udara dan seterusnya penyampaian sijil dan hadiah bagi penuntut terbaik.

Kursus ADI  berlangsung daripada 18 Julai 2016 sehingga 24 Nov 2016, disertai oleh empat peserta dari No 2 Wing manakala kursus A2 dijalankan selama 12 minggu bermula dari 5 September 2016 sehingga 24 Nov 2016 dan disertai seramai 8 orang anggota yang mana seorang daripada anggota tersebut tidak lulus disebabkan masalah kesihatan. Penuntut terbaik bagi Kursus ADI disandang oleh 17675 Kpl (U) Saiful Herwandi bin Hamadi dan manakala penuntut terbaik Kursus A2 adalah 19688 Lkpl (U) Muhd Zulhilmi bin Hj Mohd Nor.

Secara keseluruhannya semua anggota Kursus Jurulatih Pertahanan Udara pengambilan ke-4 dan Kursus Pra Lanjutan Pertahanan Udara Sesi 2016 ini telah lulus dengan jayanya dan mencapai matlamat yang dikehendaki bagi memimpin dan merancang apa jua perintah dan tugas yang diamanahkan.