Bukit Agok 18 November 2016, Ahli-ahli Seksyen Banshee Skuadron 77 No 7 Wing telah membuat latihan uji cuba penerbangan sasaran IMP dan diteruskan dengan Uji Cuba penurunan perahu keselamatan (Boat Recovery) yang dilaksanakan bermula pada 07hb November hingga 18hb November 2016 bertempat di Padang Tembak Bukit Agok. Tujuan latihan ini dijalankan adalah untuk memastikan keseluruhan sasaran IMP serta perahu penyelamat selamat digunakan apabila semasa membuat latihan-latihan penembakan senjata pertahanan udara nanti serta melatih ahli-ahli Syeksen Sasaran ini dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Latihan uji cuba ini dibahagikan kepada 2 fasa iaitu dengan dimulakan dengan persiapan dan pemasangan sasaran serta latihan simulator penerbangan. Fasa pertama ini adalah sebagai latihan permulaan atau persiapan awal sebelum membuat penerbangan pratikal. Manakala Fasa kedua adalah latihan penerbangan serta uji cuba penurunan perahu keselamatan. Bagi Perahu penyelamat ini adalah untuk membuat recovery semula sasaran yang jatuh ke kawasan laut.
Secara keseluruhan, latihan uji cuba penerbangan sasaran pertahanan udara dan perahu keselamatan dijalankan dengan jayanya, selamat dan mencapai segala objektif yang dikehendaki bagi ahli-ahli Syeksen Sasaran ini.

