Pangkalan Tentera Udara , Jumaat 28 Oktober 2016 – Eksesais LATMA brunesia, telah dilaksanakan pada 25 Oktober sehingga 28 Oktober 2016 di antara antara TUDB dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU).

Eksesais tersebut telah dimulakan secara rasmi pada 25 Oktober 2016 oleh Pemerintah Cawangan Gerakan, TUDB, Lt Kol (U) Abd Rahman bin Hj Durahman, Pegawai Pemerintah Cawangan No 1, TUDB di Pusat Pergerakkan Udara, Rimba, yangmana turut dihadiri oleh tetamu kehormat dari TNI AU, Yang mulia Kolonel Penerbang Ferdinand Roring, Perwira Pembantu 3 Latihan Staf Operasi Angkatan Udara AU (Paban 3 LAT SOPS AU) di Pusat Pergerakan Udara,Rimba.
 
Pada hari ini Majlis penutup telah dipengerusikan oleh Pemerintah Kumpulan Gerakan, TUDB, Yang Mulia Kol (U) Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim dan Kolonel Penerbang Eding, Sungkana I Rencana Staf Operasi Angkatan Udara (Sungkana I Ren SOPS AU) di Pusat Pergerakkan Udara, Rimba.

Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB terlebih dahulu memberikan ucapan sebelum upacara penutup Eksesais LATMA BRUNESIA, beliau memberitahu pentingnya eksesais tersebut sebagai salah satu penghubung kerjasama ketenteraan di antara kedua-dua tentera udara. Exsesais tersebut telah mencapai matlamatnya dalam meningkatkan kesinambungan dan kesefahaman yang lebih mendalam, dan saling berkongsi pengalaman dan pengetahuan di dalam pengendalian Penerbangan di tahap operasi dan taktikal bagi kedua-dua tentera udara.

Eksesais pada tahun ini menandakan 7 tahun latihan bersama antara TUDB dan TNI AU sejak ianya dimulakan pada 2009. Eksesais tersebut bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua angkatan udara. Eksesais LATMA BRUNESIA VIII dijangka akan berlangsung pada tahun 2018 di Republik Indonesia.


 
 EXERCISE LATMA BRUNESIA 2016 OFFICIALLY CLOSED

Rimba Airbase, Tuesday 28 October 2016 – Exercise LATMA Brunesia, have been conducted from 25 until 28 October 2016 between RBAirF and Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU).

The exercise officially opened by the Commanding Officer No 1 wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF), Lt Col (U) Abd Rahman bin Hj Durahman, at the Air Movement centre, Rimba. Also present were from Republic of Indonesia Airforce, Yang mulia Colonel Penerbang Ferdinand Roring, Perwira Pembantu 3 Latihan Staf Operasi Angkatan Udara AU (Paban 3 LAT SOPS AU).

Today the Closing ceremony was presided by the Guest of Honours from both Air forces. From RBAirF Commander OPS group Yang Mulia Colonel (U) Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim and from TNI AU Colonel Penerbang Eding, Sungkana I Rencana Staf Operasi Angkatan Udara (Sungkana I Ren SOPS AU), at the Air Movement centre, Rimba.

The Commander OPS Group the RBAirF gave a speech before going together with his Indonesian counterpart to tour the exercise areas. In his speech, emphasised the significance of the exercise as one of the bridges of military to military cooperation between the two air forces. The exercise achieved in enhancing the interoperability, exchange of experience, and knowledge between the operational and tactical level conduct in flying for both air forces.

This year exercise marked the 7 years of the exercise since it established in 2009. The exercise aims to strengthen the joint cooperation between both air forces. The next exercise is scheduled in 2018 in the Republic of Indonesia.