Pangkalan TUDB, Jumaat 21 April 2017 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Sukan Muhibbah Peringkat PTB Kanan ABDB berlangsung di Kompleks Sukan TUDB dan disaksikan oleh Yang Mulia PW1 Ahmad bin Hj Abd Kadir, Sarjan Mejar ABDB juga Tetamu kehormat bagi acara tersebut.
Acara tersebut adalah buat kali pertama diadakan bagi semua peringkat PTB Kanan ABDB. Pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah daripada pasukan Mes PW SSjn & Sjn Bolkiah Garison, Mes PW SSjn & Sjn TDDB, Mes PW SSjn & Sjn TUDB, Mes PW SSjn/Bintara Kanan & Sjn/Bintara Kanan TLDB, Mes PW SSjn & Sjn IL ABDB dan Mes PW SSjn & Sjn RPK. Sebanyak 4 acara sukan diadakan iaitu bola sepak (7 orang), dart, bola jaring dan mengulik tayar.
Tujuan sebenar kejohanan ini adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim diantara semua Mes-Mes ABDB dan dikesempatan ini juga ianya dapat memupuk kerjasama didalam bidang sukan serta menjurus kepada kesihatan.
Juara Keseluruhanan bagi sukan tersebut disandang oleh Mes PW SSjn/Bintara Kanan & Sjn/Bintara Kanan TLDB. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang diteruskan selepas selesai perlawanan petang itu dan disampaikan oleh Tetamu Kehormat.



