PENGKALAN TENTERA UDARA, Rabu 05 Oktober 2016 - Pasukan Bolasepak Cawangan No.4 telah muncul juara bagi Perlawanan Akhir Bolasepak Peringkat TUDB setelah berjaya menewaskan Cawangan No.5 dengan pungutan mata 3-2.

Pertandingan tersebut berlangsung di Kompleks Sukan TUDB dengan menggunakan format perlawanan secara ‘Double Knock Out’ yang mana sebanyak 5 pasukan telahpun bertanding. Sepanjang pertandingan 18774 LKpl(U) Alisam telah dipilih sebagai pemain terbaik pada perlawanan tersebut.

Adapun tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan setiakawan serta semangat berpasukan disamping mencungkil bakat-bakat pemain baru bagi diserapkan didalam Pasukan TUDB.

Pada perlawanan ini , Yg Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar Bin Haji Ma’awiah iaitu Pemerintah TUDB telah hadir selaku  Tetamu Kehormat untuk  menyaksikan perlawanan akhir ini. Yang Mulia Pemerintah TUDB juga berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang serta cenderahati kepada pengadil perlawnan tersebut.