RIMBA, Sabtu 1hb Oktober 2016 – Tentera Udara DiRaja Brunei telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun 1438 Hijrah dengan mengadakan sembahyang berjemaah dan ceramah khas bertempat di Surau Al Barakah Tentera Udara DiRaja Brunei pada hari Sabtu, 1hb Oktober 2016.Majlis Sambutan Awal tahun Hijrah 1438H tersebut dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1437 Hijrah dan diteruskan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan diselajurkan dengan membaca Doa Awal Tahun 1438 Hijrah. Majlis itu juga diserikan lagi dengan ceramah agama bertajuk “Harta Berkat, Negara Selamat”, yang disampaikan oleh Ustaz Nazirul Mubin bin Ahad, Penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah.
Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Pemerintah Kumpulan Gerakan iaitu 413 Kol (U) Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim selaku tetamu kehormat termasuk pegawai-pegawai serta anggota-anggota TUDB dan orang ramai yang turut hadir sama sama menyemarakkan lagi sambutan Awal Tahun hijrah 1438H.
Moga-moga kita akan mendapat manfaat darinya dan semoga kedatangan Tahun Baru 1438H ini akan membawa rahmat dan berkat dari Allah Subhanahu Wata’ala kepada kita semua.


