​Pangkalan Rimba, Jumaat, 27 Julai 2016 – Pada hari rabu pagi Upacara Pemecahan Cawangan no. 1 dan Penubuhan Cawangan no. 3 serta Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Cawangan no. 3 telahpun diadakan pada hari tersebut yang bertempat di Pusat Gerakan Udara (AMC).

Acara dimulakan dengan Pegawai Memerintah Cawangan no.1 dan 3 memeriksa Kawalan Kehormatan dan di teruskan dengan upacara Pemecahan Cawangan no.1 dan Penubuhan Cawangan No.3 serta menandatangani Sijil Penyerahan Tugas antara Pegawai Memerintah no. 1 iaitu 339 Lt Kol (U) Abd Rahman bin hj Durahman dan Pegawai Memerintah Cawangan no.3 iaitu 492 Lt Kol (U) Md Albadii Shahnoel bin Hj Md Noeh. Turut hadir menyaksikan upacara tersebut ialah semua warga tentera Cawangan no. 1 dan 3.

Acara diteruskan dengan Pegawai Memerintah Cawangan no. 3 menandatangani Sijil Terima Tugas dengan Pegawai Memerintah no. 3 yang baru dilantik iaitu 487 Mej (U) Md Irwan bin Yahya. Mantan Pegawai Pemerintah Cawangan no. 3 seterusnya menerima kehormatan yang terakhir dan upacara diteruskan dengan Pegawai Pemerintah Cawangan no. 3 yang baru memeriksa Kawalan Kehormatan.

Upacara di akhiri dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai antara Pegawai2 kanan, Pegawai-Pegawai serta anggota-anggota Cawangan no. 1 dan 3.