​Pangkalan Rimba, Isnin, 4 Julai 2016 – Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadhan 1437H telah diadakan di Surau Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Hadir pada acara tersebut ialah Yang Mulia Brigadier Jeneral (U) Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Pemerintah TUDB dan juga Ketua Kampung 2 Rimba, Yang Mulia Awang Mohamad bin Haji Kabon, selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir ialah anggota-anggota awam, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah TUDB.

Seramai 30 peserta terdiri daripada anggota tentera dan anggota awam telah pun mengikut acara khatam ini.  Majlis berlangsung selepas Solat Tarawih dan kemudian diselajurkan dengan bacaan tadarus Al-Quran, bacaan Takhtim Al-Quran, Doa Khatam dan laungan Zikir Marhaban beramai-ramai.

Majlis kemudian ditutup dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan yang diketuai oleh Imam Surau TUDB, Yang Mulia Hj Mohd Andy @ Rafaie bin Saile dan diikuti dengan jamuan ringan.