Bandar Seri Begawan, Khamis, 25 Ogos 2016 – Sempena Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Brunei ke 50 Tahun, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah dan anggota-anggota TUDB telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin & Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman di Kubah Makam Diraja.

Juga hadir pada petang tersebut ialah Pemerintah Kumpulan Gerakan, Kolonel (U) Mohammad Sharif Ibrahim bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pegawai-Pegawai Kanan TUDB, Pegawai-Pegawai, SMTU, PTB-PTB Kanan dan anggota-anggota TUDB.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Kapten Narulismandy bin Haji Smaih, Pegawai JAMAAT.

Acara diakhiri dengan menyiram air asah-asahan di atas makam Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman.