Pangkalan TUDB, Sabtu 21 Mei 2016 – Tentera Udara Diraja Brunei mengadakan Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban, bertempat di Surau Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba.Majlis tersebut dikendalikan oleh Yang Mulia 647 Leftenan (U) Ak Rosdini bin Pg Hj Mohiddin, Cawangan Bekal. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah TUDB, Kolonel (U) Shahril Anwar bin Hj Ma’awiah.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Baqarah ayat 147-153 yang dibaca oleh Yang Mulia 16176 Lkpl (U) Asriwendey bin Hj Majid dari Cawangan Bekal. Majlis diteruskan dengan azan dan solat berjemaah fardhu Maghrib. Selepas itu bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali beramai-ramai beserta doa khas Nisfu Sya’aban yang diketuai oleh Yang Mulia Hj Mohd Anndy @ Rafaie bin Saile, Imam Surau Pangkalan TUDB. Majlis disudahi dengan azan dan solat berjemaah fardhu Isya.


