Rimba, Jumaat, 29 April 2016 - Majlis perasmian penutup Kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 1/2016 bagi anggota-anggota Tentera Udara Diraja Brunei berpangkat Lans Koperal yang berkalayakan telah berlangsung di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara RImba. Kursus ini telah dikendalikan oleh Markas No. 7 Wing Akademi Udara Tentera Udara Diraja Brunei yang telah bermula pada 11 April 2016 hingga 29 April 2016. 

Seramai 19 orang anggota telah menghadiri kursus ini terdiri daripada anggota No 2 Wing, No 4 Wing, No 5 Wing, No 6 Wing dan No 7 Wing. Majlis perasmian penutup kursus ini telah dirasmikan oleh Lt Kol (U) Hismawadi bin Hj Said, Pegawai Pemerintah No 7 Wing Akademi Udara, Tentera Udara Diraja Brunei.

Kursus Kepimpinan Lans Koperal adalah salah satu kursus mandatori kerjaya di dalam struktur perkembangan kerjaya (SPK) bagi lain-lain peringkat, yang mana kursus ini dapat menerapkan dan menanam nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Tentera Udara Diraja Brunei di dalam diri anggota-anggota kursus. Sepanjang kursus ini dijalankan, banyak pelajaran-pelajaran yang telah disampaikan kepada anggota-anggota kursus yang mana telah mengajar dan melatih mereka dalam menilai cara atau gaya kepimpinan yang berkesan, tatacara menulis esei dan pembentangan, teknik kemahiran berfikir dan komunikasi yang berkesan, kepentingan pengurusan masa dan kerja berpasukan serta Top Table Planning yang mana penilaian dibuat mulai dari perancangan hinggalah pelaksanaan. Kursus ini sedikit sebanyak akan dapat membantu TUDB dalam memastikan anggotanya mempunyai ciri- ciri kepimpinan yang diperlukan, berkaliber, berkemahiran dan berpengetahuan.

Secara keseluruhannya semua anggota Kursus Lans Koperal Siri 1/2016 ini telah lulus dengan jayanya dan mencapai matlamat yang dikehendaki bagi memimpin dan merancang apa jua perintah dan tugas yang diamanahkan.