Berakas Garison, Jumaat, 22 Jan 2016 – Perbarisan Sarjan Mejar telah selesai dilaksanakan pada hari ini bertempat di Berakas Garison yang disertai seramai 135 anggota dari No. 2 WING. Perbarisan Sarjan Mejar No. 2 WING telah berlangsung di Padang Kawad, Hanger 38 Skuadron No. 2 WING, TUDB. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia 12975 PW1 (U) Haji Warzaini bin Haji Masni, Sarjan Mejar No. 2 WING bagi Tentera Udara Diraja Brunei. Perbarisan dimulakan dengan pemeriksaan barisan yang terdiri daripada anggota No. 2 WING, TUDB yang telah diketuai oleh 11029 SSjn (U) Mohd Hafizuddin bin Abdullah Suing kemudian diikuti dengan perbarisan berjalan lalu.Dalam ucapan tetamu kehormat majlis perbarisan Sarjan Mejar No. 2 WING, beliau menyarankan agar anggota yang menyertai perbarisan ini untuk menjaga disiplin diri dan imej No.2 WING, TUDB semasa menjalani apa saja tugas yang telah diberikan serta sentiasa mengekalkan mutu kawad perseorangan dan juga berkumpulan.
Perbarisan Sarjan Mejar No.2 WING TUDB ini antara lainnya bertujuan bagi persiapan awal menjelang sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke- 32 tahun serta aktiviti peringkat bagi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Turut hadir juga di perbarisan tersebut adalah SMTU, DSM serta Pengerusi Perbarisan 10519 PW2 (U) Jefferyddin bin Haji Abbas.
Perbarisan tersebut telah diakhiri dengan doa selamat yang dibacakan oleh Ustaz Hj Othman Guru Ugama TUDB. Dengan adanya perbarisan tersebut, adalah diharapkan untuk setiap anggota No. 2 WING sentiasa bersiap sedia dan mengekalkan kualiti perbarisan kawad untuk sambutan atau pun majlis yang akan datang. Seiring dengan ucapan tetamu kehormat majlis, diharapkan setiap anggota juga mengambil iktibar dengan menjaga disiplin diri dan menjalankan tugas dengan sebaiknya untuk menjaga imej No 2 WING ataupun Tentera Udara Diraja Brunei secara amnya.



