Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Khamis, 24 Disember 2015 – Cawangan No 2 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan yang merupakan sebahagian daripada program “Jom Kurus, Lulus dan Sihat” sebagai langkah inisiatif bagi latihan pemulihan (Remedial Training). Program tersebut diadakan untuk persediaan bagi Ujian Kecergasan Asas Jasmani Tentera (BFT) yang telah bermula dari 23 November 2015 hingga 5 Februari 2016. Program tersebut telah terlaksana dengan jayanya apabila Cawangan No 2 Rejimen Udara mendapat tempat ketiga bagi peningkatan dalam kelulusan Ujian Kecergasan Jasmani Tentera (BFT).Konsep bagi program tersebut bukan sahaja merangkumi langkah persediaan awal untuk mencapai tahap kelulusan Ujian Kecergasan Asas Jasmani Tentera (BFT) tetapi disamping itu turut berkonsepkan penurunan berat badan dan keseluruhannya adalah berkonsepkan penjagaan kesihatan bagi anggota- anggota Cawangan No 2. Oleh itu, lawatan ke Pusat Promosi Kesihatan diadakan untuk mencapai konsep program tersebut dengan lebih baik.
Lawatan sambil belajar ke Pusat Promosi Kesihatan dimulakan dengan latihan senaman aerobic dan disusuli dengan lawatan ke dalam galeri Pusat Promosi Kesihatan dimana para anggota telah didedahkan tentang tips dan tatacara amalan seharian dalam penjagaan kesihatan dan permakanan yang seimbang. Di samping itu, Pusat Promosi Kesihatan juga menerangkan tentang kepentingan untuk menjaga tubuh badan bukan sahaja dari luaran malahan penjagaan organ dalaman adalah sangat penting. Melalui lawatan serta taklimat yang dijalankan, para anggota juga disarankan untuk mengelakkan perkara yang boleh menjatuhkan stamina dan merosakkan tahap kesihatan tubuh badan seperti merokok dan lain- lain.
Secara keseluruhannya, program tersebut telah terlaksana dengan jayanya mengikut peningkatan bagi tahap kelulusan dalam ujian dan latihan yang telah diadakan. Dengan adanya program tersebut diadakan dan peningkatan dalam kesihatan serta kecergasan bagi anggota Cawangan No 2, diharap setiap anggota- anggota akan lebih sedar betapa pentingnya mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan masing- masing bukan sahaja semasa perkhidmatan dalam ABDB tetapi juga selepas tamat berkhidmat dengan ABDB. Disamping itu, agar sentiasa mengamalkan amalan hidup yang sihat.


