RIMBA AIRFORCE BASE, Monday, 30 April 2018 –
Commander Royal Brunei Air Force (RBAirF), Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah received an introductory call by Air Commodore Abu Bakar Abdul Kadi, Defence Adviser of Nigeria accredited to Brunei Darussalam based in Kuala Lumpur, Malaysia.
Commander RBAirF welcomed Air Commodore Abu Bakar Abdul Kadi to Negara Brunei Darussalam and to the RBAirF, and congratulated him on his recent appointment as the Defence Adviser.
During the call, both sides expressed their appreciation and discussed on the opportunities in forging a good defence relationship between the two countries.

PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN NIGERIA
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 30 April 2018 – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah hari ini menerima kunjungan pengenalan dari Air Commodore Abu Bakar Abdul Kadi, Penasihat Pertahanan Nigeria yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam dan menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.
Pemerintah TUDB mengalu-alukan kunjungan Air Commodore Abu Bakar Abdul Kadi ke Negara Brunei Darussalam dan TUDB serta menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Penasihat Pertahanan.
Semasa kunjungan tersebut kedua-dua pihak menyatakan penghargaan mereka dan membincangkan peluang dalam menjalin hubungan pertahanan yang lebih baik di antara kedua buah negara.