ANGGERIK DESA, Khamis, 15 Oktober 2015 – Eksesais Pos Perintah Pertahanan Udara 2015 bagi No. 2 Wing TUDB telah dilaksanakan bermula 15 Oktober 2015 sehingga 16 Oktober 2015 bertempat dibangunan National Modeling and Simulation Center (NMSC) Anggerik Desa, Mukim Berakas dan berakhir dengan mencapai semua objektif yang telah dikendalikan oleh Skuadron 77 No. 7 Wing TUDB.Latihan Eksesais Pos Perintah itu telah berjalan selama dua hari telah turut disaksikan oleh Pegawai Pemerintah No. 2 Wing TUDB, Lt Col (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Timbalan Pegawai Pemerintah No. 2 Wing TUDB, Mej (U) Peter bin Ulat, Pegawai Memerintah Skuadron 33 dan Pegawai Memerintah Skuadron 38.
Latihan yang dilaksanakan dalam bentuk Command Post Exercise (CPX) dengan mengunakan sistem simulasi komputer, ianya adalah pertama kali dilaksanakan bertempat NMSC. Eksesais telah Berjaya dilaksanakan mengikut perancangan dan matlamat yang disasarkan. Adapun latihan ini dilaksanakan bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan dan penambahbaikan perkembangan teknologi, taktik dan keperluan semasa yang ada bagi pertahanan ruang udara Brunei Darussalam.
Secara keseluruhannya eksesais ini telah mencapai objektif utama untuk melaksanakan perancangan operasi serta mempertingkatkan pengetahuan dan kemampuan anggota pertahanan udara dalam menjana konsep operasi dengan efisyen dan berkesan, ianya juga untuk persiapan awal bagi latihan eksesais ‘WIRA BUMI VIII’ yang akan berlangsung pada 26 Oktober 2015 ini nanti .


