SINGAPURA, Khamis, 17 September 2015 – Majlis Penutup Ex. Airguard telah berlangsung di bilik auditorium bangunan 18 Divisional Air Defence Battalion, Chung Pang Camp Republik Singapura. Acara kemuncak pada pagi itu adalah penyerahan bendera Ex Airguard oleh Lt Kol Ang Teo Hong, Pegawai Pemerintah 18 Divisional Air Defence Battalion kepada Lt Kol (U) Hj Alirupendi bin Hj Perudin, Pegawai Pemerintah Rejimen Udara, TUDB. Ini menandakan giliran Rejimen Udara, TUDB untuk menghoskan Ex Airguard pada tahun depan di Negara Brunei Darussalam. Dari itu berakhirlah latihan dua hala khususnya Ex Airguard diantara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.Disepanjang latihan selama dua minggu, program telah diisi dengan pelbagai aktiviti selain daripada latihan ketenteraan yang berlangsung selama tiga hari. Anggota kontinjen berpeluang membuat lawatan ketempat-tempat yang menarik dan berguna untuk menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman. Di antara tempat-tempat menarik yang dilawat adalah seperti Museum Tentera Udara dan Museum Tentera Darat. Anggota-anggota juga berpeluang membuat lawatan kebudayaan dengan mengunjungi salah sebuah Kampung Melayu iaitu Kampung Glam yang mana majoriti penduduknya berbangsa Melayu.
Dengan adanya latihan dua hala tersebut, hubungan ketenteraan diantara kedua-dua buah negara akan sentiasa terjalin dan mengeratkan lagi hubungan yang telah sekian lama terjalin khususnya dibidang ketenteraan.

