JAKARTA, INDONESIA, Thursday, 10 January 2019 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Hj Hamzah bin Hj Sahat, Commander Royal Brunei Air Force (RBAirF) attended a three-day Introductory Visit to the Tentara Nasional Indonesia- Angkatan Udara (TNI-AU), Jakarta, Indonesia from 10 to 12 Januari 2019.
Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat made courtesy calls to Air Chief Marshal Hadi Tjahjanto, Commander of the Indonesian National Armed Forces at the Markas Besar (MaBes) Tentara Nasional Indonesia (TNI), and Air Chief Marshal TNI Yuyu Sutisna, the Chief of Staff, TNI-AU.
During the Introductory Visit, the two Chiefs of Air Forces led the discussion on bilateral ties and further areas of cooperation. RBAirF and TNI-AU, have strong bond in cooperation of mutual benefit including in the areas of training and exercise. Regular interactions through a wide scope of activities such as bilateral exercises, cross-attendance of courses, visits and professional exchanges. This interactions have fostered mutual understanding and enhanced interoperability, and also built strong rapport and relationship between both air forces.
TNI-AU has consented to award Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, with the TNI-AU Honorary Pilot Wing. The ceremony took place at the Markas Besar-Angkatan Udara (MaBes-AU) Jakarta. The TNI-AU Honorary Pilot Wing was presented by the Chief of Air Force, TNI-AU. This award was recognition for his valuable efforts and outstanding services he has been contributing in strengthening the ties between the TNI-AU and RBAirF.
During the Introductory visit, the spouse of Commander RBAirF, Datin Dr. Hjh Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Awang Hj Abd Aziz was hosted by the spouse of the Chief of Air Force, Ibu Ayu Yuyu Sustina. The spouse programme included visits to Indah Mini Garden and National Museum, Indonesia.
Commander RBAirF and spouse were also invited to the official dinner hosted by the Chief of Staff, TNI-AU and his spouse at Wisma Angkasa, the official residence of the Chief of Staff, TNI-AU. The introductory visit by Commander RBAirF underscores the continuous commitment to strengthen the longstanding relationship and cooperation between the RBAirF and TNI-AU.



KUNJUNGAN PENGENALAN PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE TENTARA NASIONAL INDONESIA-ANGKATAN UDARA
JAKARTA, INDONESIA, Khamis, 10 Januari 2019 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menghadiri Kunjungan Pengenalan selama tiga hari ke Tentara Nasional Indonesia- Angkatan Udara (TNI-AU), Jakarta, Indonesia dari 10 hingga 12 Januari 2019.
Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat membuat Kunjungan Hormat kepada Marsekal TNI Hadi Tjahjanto, Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI) di Markas Besar (MaBes) TNI, and Marsekal TNI Yuyu Sutisna, Kepala Staf TNI-AU.
Semasa Lawatan Pengenalan tersebut, Kedua-dua Pemerintah Tentera Udara mengetuai perbincangan mengenai hubungan dua hala dan bidang lain bagi kerja sama di masa akan datang. TUDB dan TNI-AU telah mempunyai hubungan dan kerjasama yang telah lama terjalin dan sering berinteraksi melalui pelbagai aktiviti seperti eksesais dua hala, pertukaran kursus, lawatan dan pertukaran professional. Interaksi ini telah memupuk persefahaman bersama dan meningkatkan interoperabilitas, dan juga membina hubungan yang kuat di antara kedua-dua angkatan udara.
TNI-AU berkenan untuk menganugerahkan Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat dengan Lencana Juruterbang Kehormat TNI-AU. Majlis tersebut berlangsung di Markas Besar-Angkatan Udara (MaBes-AU) Jakarta. Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TNI-AU telah disempurnakan oleh Kepala Staf TNI-AU. Penganugerahan tersebut adalah sebagai penghargaan jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi perhubungan di antara TNI-AU dan TUDB.
Semasa Lawatan Pengenalan tersebut juga, Isteri kepada Pemerintah TUDB, Datin Dr. Hjh Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Awang Hj Abd Aziz dihoskan oleh isteri Kepala Staf TNI-AU, Ibu Ayu Yuyu Sustina. Program isteri Pemerintah TUDB termasuk dengan lawatan ke Indah Mini Garden and Muzium Nasional, Indonesia.
Pemerintah TUDB dan isteri juga dijemput kepada Majlis Makan Malam Rasmi yang dihoskan oleh Kepala Staf TNI-AU dengan isteri di Wisma Angkasa, kediaman rasmi Kepala Staf TNI-AU. Lawatan Pengenalan oleh Pemerintah TUDB menandakan komitmen dalam memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara TUDB dan TNI-AU.