LANGKAWI, MALAYSIA, 26 – 30 March 2019 – The 15th Edition of Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019 (LIMA ’19) was held from 26 to 30 March 2019. More than 400 defence-related companies and 200 of which are international corporations, from 32 countries participated in the exhibition this year.
 
The LIMA ’19 opening ceremony was officiated by the Prime Minister of Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad on 26 March 2019 at the Mahsuri International Exhibition Centre. On a separate occassion, The Malaysian Defence Minister, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu hosted the Official Reception.
 
In attendance at LIMA’ 19 were The Commander of the Royal Brunei Air Force, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat and delegates.


During LIMA’19, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah also attended the Air Chief’s Conference (ACC) which carried the theme ‘Information Operations and UAS in Complementing The Evolution of Aerospace Power – A Future Regional Strategy’. The conference presentations were delivered by Air Force representatives from various countries.


Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah also made courtesy calls to the Commander of Pacific Air Forces (PACAF), General Charles Q. Brown Jr. and Royal Malaysian Air Force (RMAF) Chief, General Tan Sri Dato’ Hj Affendi bin Buang. During the calls, both sides conveyed their pleasure on the longstanding defence and military relations between both countries.
Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah also had the chance to witness the aerial displays and demonstration of military aircrafts and visited the trade exhibition displaying the latest innovations and developments in maritime and aerospace technology. At the sidelines, General Tan Sri Dato’ Hj Affendi bin Buang, Chief of Royal Malaysian Air Force hosted an Air Force Dinner attended by invited Chiefs of Airforce and Spouses.
 

LANGKAWI, MALAYSIA, 26 – 30 Mac 2019 – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ’19) edisi ke 15 telah diadakan pada 26 hingga 30 Mac 2019. Lebih daripada 400 syarikat berkaitan dengan pertahanan dan 200 daripadanya adalah syarikat antarabangsa dari 32 buah negara telah menyertai pameran tahun ini.
 
Majlis perasmian LIMA ’19 dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 26 Mac 2019 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri. Manakala, Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu menganjurkan Majlis Resepsi Rasmi.
 
Antara yang hadir bagi LIMA ’19 adalah Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat dan delegasi.
 
Semasa LIMA’19, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah turut menghadiri Air Chief’s Conference (ACC) yang membawa tema ‘Information Operations and UAS in Complementing The Evolution of Aerospace Power – A Future Regional Strategy’. Pembentangan persidangan telah disampaikan oleh wakil-wakil Tentera Udara dari pelbagai negara.
 
Selain daripada ACC, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Angkatan Udara Pasifik (PACAF), Jeneral Charles Q. Brown Jr dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Dato ‘Hj Affendi bin Buang. Semasa kunjungan hormat, ketua-ketua delegasi telah menyatakan rasa puas hati terhadap hubungan kerjasama pertahanan yang telah terjalin rapat di antara negara dan angkatan tentera masing-masing.
 
Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah juga berpeluang menyaksikan pameran udara dan demonstrasi pesawat tentera dan melawat pameran perdagangan yang memaparkan inovasi dan perkembangan terbaru dalam teknologi maritim dan udara. Disamping pameran tersebut, Panglima TUDM telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tentera Udara yang dihadiri oleh Ketua-ketua Angkatan Udara dan Pasangan yang dijemput.