


TUDB MELAWAT KAPAL SELAM AUSTRALIAN COLLINS CLASS
HMAS DECHAINEUX
DERMAGA KOMERSIAL MUARA, Ahad, 8 Mac 2020 – Pegawai-pegawai dari Tentera Udara Diraja Brunei telah diberikan peluang untuk melawat Kapal Selam Australian Collins Class HMAS Dechaineux, yang merupakan kapal selam pertama yang berlabuh di Negara Brunei Darussalam. HMAS Dechaineux dijangka berlabuh di negara ini dari 7 hingga 9 Mac 2020.
Sejurus tiba di Dermaga Komersial Muara, Pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja Brunei disambut oleh Leftenan Jedd Goggin, Pegawai Perhubungan HMAS Dechaineux,
Royal Australian Navy. Lawatan bermula dengan Leftenan Goggin memberikan ucapan selamat datang dan sejarah singkat mengenai HMAS Dechaineux. Kapal selam ini dinamakan sempena Kapten Emile Dechaineux, seorang pegawai yang berkhidmat semasa Perang Dunia ke-2. HMAS Dechaineux telah ditauliahkan untuk beroperasi pada tahun 2001.
Leftenan Goggin selanjutnya menerangkan tentang keupayaan HMAS Dechaineux dan spesifikasinya yang tertentu. Seterusnya beliau juga menerangkan tentang struktur HMAS Dechaineux dan juga beberapa ciri-ciri dan kebolehan kapal selam
hybrid ini yang berasaskan diesel dan bateri termasuk
highly automated control room dan
efficient weapons handling compartment. Selain itu, beliau memberikan gambaran perbandingan saiz kapal selam kepada pesawat penumpang, Airbus A380.
Lawatan diteruskan dengan Pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja Brunei menaiki HMAS Dechaineux dan melawat bahagian atas kapal selam, Mes Pelaut Kanan dan Bilik Kawalan. Kemudian bahagian bawah kapal selam, ruang penyimpanan senjata; Mes Pelaut Rendah;
Motor Generator Room; dan
Machinery Control Room.
Lawatan itu berakhir dengan sesi bergambar ramai Pegawai-pegawai TUDB.