​

Rimba Air Base, Friday 25 September 2020- The Royal Brunei Airforce (RBAirF) held a Handover Ceremony between Warrant Officer 1 (U) Muhd Syahiran Bin Haji Bakar, the outgoing Sergeant Major with Warrant Officer 1 (U) Suridi Bin Haji Ibrahim the incoming Sergeant Major at Dewan Punai.

The ceremony was attended by the Base Sergeant Major, Group RSMs, DSMs, Warrant Officers and RBAirF personnel.
 
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Ustaz Said Bin Haji Yusof, the religious teacher of RBAirF. This was then followed by a speech delivered by the outgoing Sergeant Major of RBAirF. The ceremony continued with the signing of the Handing Over Certificate as well as the handing over of the ‘Drill Pace Stick’ between 1stWarrant Officer (U) Muhd Syahiran Bin Haji Abu Bakar and 1stWarrant Officer (U) Suridi Bin Haji Ibrahim, which marks the official handover of leadership and command of the Sergeant Major of the RBAirF.
 
The ceremony continued with an inaugural speech delivered by the newly appointed Sergeant Major of the RBAirF.


The ceremony concluded with a closing doa recited the religious teacher of RBAirF and some light refreshments.
 



UPACARA SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI.
 
Pangkalan Udara Rimba, Jumaat 25 September 2020- Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Upacara Serah Terima Tugas di antara Yang Mulia Pegawai Waran 1 (U) Muhd Syahiran Bin Haji Bakar, mantan Sarjan Mejar TUDB dengan Yang Mulia Pegawai Waran 1 (U) Suridi Bin Haji Ibrahim, Sarjan Mejar TUDB yang baharu bertempat di Dewan Punai.
 
Turut hadir di upacara tersebut ialah Sarjan Mejar Pangkalan TUDB, Sarjan Mejar Rejimen Kumpulan, Sarjan Mejar Kawad Kumpulan, Pegawai-Pegawai Waran dan anggota-anggota TUDB.
 
Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Said Bin Haji Yusof, Guru Ugama TUDB dan diikuti dengan ucapan daripada Mantan Sarjan Mejar TUDB. Acara diteruskan lagi dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Sarjan Mejar TUDB serta penyerahan ‘Tongkat’ di antara Yang Mulia Pegawai Waran 1 (U) Muhd Syahiran Bin Haji Bakar dengan Yang Mulia Pegawai Waran 1 (U) Suridi Bin Haji Ibrahim, yang melambangkan secara rasmi penyerahan tugas sebagai Sarjan Mejar TUDB.
 
Upacara diteruskan lagi dengan ucapan dari Pegawai Waran 1 (U) Suridi Bin Haji Ibrahim sebagai Sarjan Mejar TUDB yang baharu.
 
Upacara diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh Guru Agama TUDB dan seterusnya menikmati jamuan ringan.