​Berakas Garrison, Monday, 25 January 2021 – No. 2 Wing, Operations Group, RBAIRF held Perisai Bersatu Exercise which lasted for 5 days, starting from 25th January until 29th January 2021. The exercise is a continuation of Table Top Exercise (TTX) and Command Post Exercise (CPX) Perisai Bersatu 2021 which also held in the same month. The concept of the exercise is a non-conventional, based on the scenario of the Association of South East Asian Nations (ASEAN) Summit Conference.

The aim of the exercise is to test the coordination in terms of communication, command and control during operations between No. 2 Wing RBAIRF and other Wings in the RBAIRF. Apart from that, the exercise gave an opportunity to test out the effectiveness of the updated No. 2 Wing’s Standard Operating Procedure (SOP). The exercise involved various units in the RBAF namely No. 3 Wing RBAIRF, No. 5 Wing RBAIRF, No. 6 Wing RBAIRF, No. 7 Wing RBAIRF as well as Armoured Personnel Carrier Platoon, 1st Battalion, RBLF.

Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAIRF and RBAIRF Board of Executives were invited to observe the conduct of the exercise.


EKSESAIS PERISAI BERSATU BAGI TAHUN 2021

Berakas Garison, Isnin, 25 Januari 2021 – Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, TUDB telah mengadakan Eksesais Perisai Bersatu selama lima hari bermula 25 Januari hingga 29 Januari 2021. Eksesais ini merupakan kesinambungan dari
Table Top Exercise (TTX) dan
Command Post Exercise (CPX) Perisai Bersatu 2021 yang dikendalikan pada bulan yang sama. Eksesais ini berkonsepkan latihan medan peperangan bukan konvensional, berdasarkan senario dari Sidang Kemuncak
Association of South East Asian Nations (ASEAN).

Tujuan eksesais ini dijalankan adalah bagi menguji cuba penyelarasan dan kerjasama dari segi perhubungan, kawalan dan perintah semasa operasi diantara Cawangan No. 2 dengan cawangan-cawangan yang lain. Eksesais ini turut mengambil peluang untuk menguji kaji keberkesanan Prosedur Tetap Cawangan No. 2 yang telah dikemaskini. Buat julung kalinya eksesais ini telah menggabungkan beberapa cawangan dan unit dari luar iaitu Cawangan No. 3 TUDB, Cawangan No. 5 TUDB, Cawangan No. 6 TUDB, Cawangan No.7 TUDB serta Platun Kenderaan Angkut Perisai, Batalion Pertama, TDDB.

Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB serta Pegawai-pegawai Kanan TUDB dijemput untuk menyaksikan latihan-latihan yang dijalankan semasa eksesais tersebut.