RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 24 August 2026 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Gema Marhaban ceremony to mark the 12th night of Dikir Maulud in commemoration of the birth of Prophet Muhammad (PBUH) 1448H/2026M this evening. The ceremony was held simultaneously at Suraus across Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Garrisons, bases and camps, with the main ceremony taking place at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.

Present at the ceremony were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Coordinating Minister for National Security, Minister at the Prime Minister’s Office, and Minister of Defence II. Also in attendance were Commander of RBAF, Deputy Commander of RBAF, Service Commanders, Deputy Service Commanders, Senior Officers, Officers, and personnel of the Ministry of Defence as well as Village Heads. 

The ceremony commenced with Fardu Maghrib prayer led by Yang Mulia Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali, Imam of Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base, followed by recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah, and a presentation on Sirah Nabawiyah delivered by Yang Mulia Ustaz Mohammad Rif’at Atiyyah bin Haji Anwari, JAMA’AT Religious Officer. The ceremony then continued with Dikir Assalamualaika, followed by Fardu Isya prayer, Dikir Dibaie, Selawat Badriyah and Dikir Marhaban. The ceremony concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

The Gema Marhaban ceremony at Surau Al-Barakah also provided an opportunity for personnel of the RBAF to come together in fostering spiritual values, strengthening camaraderie and reinforcing religious observance within the Service.

MAJLIS GEMA MARHABAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 24 Ogos 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Gema Marhaban sempena malam ke-12 Dikir Maulud bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1448H/2026M. Majlis tersebut diadakan secara serentak di Surau-Surau di seluruh Garison, Pangkalan dan Kem Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dengan tumpuan utama di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan warga Kementerian Pertahanan serta Ketua-Ketua Kampung.

Majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan penyampaian Sirah Nabawiyah yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Rif’at Atiyyah bin Haji Anwari, Pegawai Agama JAMA’AT. Majlis diteruskan dengan Dikir Assalamualaika, diikuti dengan solat Isya’ berjemaah, Dikir Diba’ie, Selawat Badriyah serta Dikir Marhaban. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.​ Majlis Gema Marhaban yang berlangsung di Surau Al-Barakah turut menjadi wadah bagi warga ABDB untuk bersama-sama menghayati dan memperkukuhkan nilai-nilai keagamaan, di samping mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga perkhidmatan.