RIMBA AIR FORCE BASE, 04 September 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF), in collaboration with the United States Pacific Air Forces (US PACAF), successfully concluded the Bilateral Exercise Pacific Angel (Ex PAC ANGEL) 26-1 Brunei today. Held from 31 August to 04 September 2026, this event marks the second iteration of the exercise hosted in the Sultanate, following its inaugural deployment in 2023.

Designed to enhance operational readiness and interoperability, the training brought together host forces and US counterparts alongside key regional partners, namely the Indonesian Air Force (TNI AU), the Republic of Singapore Air Force (RSAF), and the Royal Malaysian Air Force (RMAF). The comprehensive curriculum featured critical Search and Rescue (SAR) operations, overland and overwater personnel airdrops, as well as high-level subject matter expert exchanges focusing on aeromedical and cargo handling procedures.

Beyond tactical maneuvers, the bilateral engagement provided a vital platform for the participating nations to benchmark tactical procedures, share operational expertise, and deepen mutual understanding of their respective capabilities. Ultimately, these collaborative efforts significantly reinforce regional defense cooperation while bolstering collective readiness for real-world contingencies, particularly SAR and Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) missions.

The exercise officially concluded with a closing ceremony at the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base, officiated by the Guest of Honour, Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohd Zulhusmi bin Pengiran Mohd Roslan, Commander Operations Group.

TUDB DAN US PACAF MENUTUP TIRAI EKSESAIS PACIFIC ANGEL 26-1

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, 04 September 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), dengan kerjasama Tentera Udara Pasifik Amerika Syarikat (US PACAF), telah berjaya menamatkan eksesais dua hala Exercise Pacific Angel (Ex PAC ANGEL) 26-1 Brunei hari ini. Berlangsung dari 31 Ogos hingga 04 September 2026, acara ini merupakan kali kedua eksesais tersebut dianjurkan di Negara Brunei Darussalam, susulan pelaksanaan sulungnya pada tahun 2023.

Direka untuk meningkatkan kesiapsiagaan operasi dan saling kebolehoperasian (interoperabiliti), latihan ini menghimpunkan pasukan tuan rumah dan rakan sejawat dari Amerika Syarikat (AS) bersama rakan kongsi serantau penting, iaitu Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI AU), Tentera Udara Republik Singapura (TURS), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Kurikulum komprehensif eksesais ini merangkumi operasi mencari dan menyelamat (Search and Rescue (SAR)) kritikal, penyusupan udara anggota (airdrop) di darat dan di ruang perairan, serta pertukaran kepakaran dalam bidang yang memfokuskan kepada prosedur aeromedikal dan pengendalian kargo.

Di samping gerakan taktikal, penglibatan dua hala ini menyediakan platform penting bagi negara-negara yang mengambil bahagian untuk menanda aras prosedur taktikal, berkongsi kepakaran operasi, dan memperdalam pemahaman bersama mengenai keupayaan masing-masing. Pada akhirnya, usaha kolaboratif ini memperkukuh kerjasama pertahanan serantau secara signifikan di samping meningkatkan kesiapsiagaan kolektif bagi menangani luar jangkaan dunia sebenar, terutamanya misi SAR serta Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam.

Eksesais ini ditutup secara rasmi dengan upacara penutupan di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba, yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohd Zulhusmi bin Pengiran Mohd Roslan, Pemerintah Kumpulan Gerakan.