RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 01 October 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Republic of Singapore Air Force (RSAF) marked a historic milestone in bilateral air cooperation with the opening of the inaugural Exercise VANGUARD 2026. The opening ceremony, held at the Rimba Air Force Base Parade Square, was jointly officiated by Brigadier General (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, and Major General Kelvin Fan Sui Siong, Chief of Air Force, RSAF.

In a poignant testament to the significance of this event, the ceremony marked the first time in history that the Rimba Air Force Base parade ground has been utilised for a bilateral combined parade between two nations. This historic first serves as a profound visual anchor for evolving defense ties, symbolising a new chapter of deep-seated trust and operational synergy.

As a newly conceptualised Operations Group Bilateral Exercise, Exercise VANGUARD represents a strategic amalgamation designed to streamline and elevate joint capabilities. In another first of many, it masterfully pulls together three foundational bilateral exercises. The VANGUARD framework directly succeeds the 30-year legacy of Exercise AIRGUARD, expanding its scope by incorporating Exercise WINGGUARD to govern sophisticated flying operations, and Exercise SKYGUARD to anchor dedicated Unmanned Aerial Vehicle (UAV) collaborative training.

This comprehensive consolidation brought together No.1 Wing, No.2 Wing, and No.3 Wing under the RBAirF Operations Group alongside the RSAF’s 18th Divisional Air Defence Artillery Battalion, UAV Command, and the Brunei Helicopter Detachment. Through this unified matrix of combined training activities, the exercise provides a critical platform to sharpen combat readiness, maximise tactical interoperability, and facilitate the seamless exchange of specialised knowledge. Furthermore, the integration of these distinct multi-domain formations successfully catalyses enhanced coordination and deepened mutual understanding in addressing shared contemporary security challenges.

Beyond its immediate tactical objectives, Exercise VANGUARD underscores the enduring depth of the longstanding defense partnership between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore. By fostering joint training environments, both air forces continue to institutionalise professional relationships and cultivate the shared operational lexicon essential for effective regional cooperation. Ultimately, Exercise VANGUARD 2026 reinforces a mutual commitment to collective learning, seamless operational cohesion, and the strategic fortification of bilateral air defense cooperation.

MELAKAR SEJARAH – LATIHAN VANGUARD 2026 MEMPERKUKUH KERJASAMA OPERASI TUDB–TURS

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 01 Oktober 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Republik Singapura (TURS) melakar mercu tanda bersejarah dalam kerjasama udara dua hala melalui pembukaan Latihan VANGUARD 2026 buat julung kalinya. Upacara pembukaan yang berlangsung di Padang Kawalan, Pangkalan Tentera Udara Rimba telah dirasmikan bersama oleh Brigadier Jeneral (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB, dan Mejar Jeneral Kelvin Fan Sui Siong, Panglima TURS.

Sebagai bukti nyata kepada signifikan acara ini, upacara berkenaan menandakan buat pertama kalinya dalam sejarah Padang Kawad Pangkalan Tentera Udara Rimba digunakan bagi perbarisan dua hala gabungan antara dua buah negara. Detik bersejarah yang pertama ini menjadi lambang visual yang kukuh kepada evolusi hubungan pertahanan, sekaligus mematangkan lembaran baharu dalam kepercayaan yang mendalam serta sinergi operasi.

Sebagai sebuah Latihan Dua Hala Kumpulan Gerakan yang baharu dikonseptualisasikan, Latihan VANGUARD merupakan satu penggabungan strategik yang direka untuk memperkemas dan mempertingkatkan keupayaan bersama. Dalam satu lagi pencapaian yang pertama daripada rangkaian siri pencapaian seterusnya, latihan ini menggabungkan tiga latihan dua hala. Rangka kerja VANGUARD ini menyambung terus legasi 30 tahun Latihan AIRGUARD, dengan memperluaskan skopnya melalui integrasi Latihan WINGGUARD bagi mengendalikan operasi penerbangan yang canggih, serta Latihan SKYGUARD bagi menerajui aspek latihan kolaboratif Pesawat Udara Tanpa Pemandu (Unmanned Aerial Vehicle (UAV)).

Konsolidasi menyeluruh ini menghimpunkan Cawangan No.1, Cawangan No. 2, dan Cawangan No. 3 di bawah Kumpulan Gerakan TUDB bersama 8th Divisional Air Defence Artillery Battalion TURS, UAV Command dan Brunei Helicopter Detachment. Melalui matriks latihan gabungan yang bersepadu ini, latihan tersebut menyediakan platform penting untuk mengasah kesiapsiagaan tempur, memaksimumkan saling kendali taktik (interoperabiliti), dan memfasilitasi pertukaran pengetahuan khusus secara lancar. Selain itu, integrasi formasi pelbagai domain yang berbeza ini berjaya memangkin penyelarasan yang dipertingkatkan serta memperdalam persefahaman bersama dalam menangani cabaran keselamatan kontemporari secara kolektif. Di samping objektif taktikal semasanya, Latihan VANGUARD mempamerkan keutuhan perkongsian pertahanan yang sekian lama terjalin antara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Melalui penyediaan persekitaran latihan bersama, kedua-dua tentera udara terus melembagakan hubungan profesional serta memupuk leksikon operasi bersama yang penting bagi kecekapan kerjasama serantau. Intihanya, Latihan VANGUARD 2026 memperkukuh komitmen timbal balik terhadap pembelajaran kolektif, kohesi operasi yang lancar, dan pemantapan strategik kerjasama pertahanan udara dua hala