KUALA LUMPUR, Monday, 06 October 2026 – By command of His Majesty Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Yang Mulia Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), was conferred the Honorary Malaysian Armed Forces Order for Valour (First Degree) – Gallant Commander of the Malaysian Armed Forces Award (Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera – Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) today. The prestigious investiture ceremony was held at Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, in conjunction with the 93rd Malaysian Armed Forces Day celebrations.
The prestigious award was presented by His Majesty the Yang di-Pertuan Agong in profound recognition of Commander RBAirF’s exceptional commitment and distinct contributions toward bolstering defense ties, operational synergy, and bilateral cooperation between Brunei Darussalam and Malaysia—specifically between the RBAirF and the Malaysian Armed Forces.
This exceptional conferment further underscores the deep-rooted and longstanding defense partnership between both nations, reflective of the enduring bonds of friendship, mutual trust, and high professional cohesion shared by the two Armed Forces.
The RBAirF extends its highest and most heartfelt congratulations to Yang Mulia Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud on being bestowed this prestigious military honor.



PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI DIANUGERAHKAN DARJAH PANGLIMA GAGAH ANGKATAN TENTERA (PGAT) KEHORMAT
KUALA LUMPUR, Isnin, 06 Oktober 2026 – Atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah dianugerahkan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (Kehormat) – Darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) hari ini. Upacara pengurniaan Darjah Kebesaran tersebut telah diadakan di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, bersempena dengan Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93.
Anugerah yang berprestij ini telah dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai pengiktirafan yang amat tinggi terhadap komitmen dan sumbangan Pemerintah TUDB dalam memperkukuh hubungan pertahanan, sinergi operasi, serta kerjasama dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia—khususnya antara TUDB dan Angkatan Tentera Malaysia.
Pengurniaan ini seterusnya menekankan lagi perkongsian pertahanan yang mendalam dan sedia terjalin lama antara kedua-dua buah negara, yang mencerminkan ikatan persahabatan yang kukuh, saling mempercayai, serta kebersamaan profesional yang tinggi di antara kedua-dua Angkatan Tentera.
TUDB merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud di atas pengurniaan anugerah ketenteraan yang berprestij ini.


