RIMBA AIR FORCE BASE, MONDAY, 12 OCTOBER 2026 – The Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF), commemorated its 12th Anniversary with a Congregational Prayer Ceremony at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.

The ceremony was attended by Colonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohammad Salleh, Commander Support Group, as the Guest of Honour. Also in attendance were Senior Officers, Officers, Senior Non-Commissioned Officers, Junior Non-Commissioned Officers and staff of the Technical Equipment Maintenance Division (TEMD), Support Group.

The ceremony commenced with congregational prayers, followed by the recitation of Tahlil and Doa Kesyukuran, before concluding with the Fardhu Asar prayer in congregation. The gathering served as an expression of gratitude to Allah Subhanahu Wa Ta’ala for the Support Group’s journey, progress and achievements over the past 12 years.

Furthermore, the occasion provided an opportunity to seek His continued blessings, protection and guidance for the Support Group and its personnel in discharging their duties as well as responsibilities. Alongside which it also aims at ensuring unity and dedication in upholding professional standards and sustaining the organisation’s commitment to excellence.

KUMPULAN BANTU MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-12 DENGAN MAJLIS DOA KESYUKURAN

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, ISNIN, 12 OKTOBER 2026 – Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhannya yang Ke-12 di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohammad Salleh, Pemerintah Kumpulan Bantu. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Pegawai-Pegawai Tidak Bertauliah Kanan, Pegawai-Pegawai Tidak Bertauliah Rendah serta Kakitangan Awam Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal (BPKT), Kumpulan Bantu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Kesyukuran, sebelum diteruskan dengan Sembahyang Fardu Asar secara berjemaah. Majlis ini merupakan tanda kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala atas perjalanan, kemajuan dan pencapaian Kumpulan Bantu sepanjang 12 tahun penubuhannya. Selain itu, majlis ini juga menjadi wadah untuk memohon keberkatan, perlindungan dan petunjuk berterusan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala bagi Kumpulan Bantu serta seluruh warganya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Pada masa yang sama, majlis ini turut menekankan kepentingan perpaduan dan dedikasi dalam menjunjung piawaian profesionalisme serta mengekalkan komitmen organisasi ke arah mencapai kecemerlangan