RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 08 May 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Operations Group held a Handover and Takeover Parade Ceremony for its Regiment Sergeant Major (RSM) at the Air Movement Centre (AMC), Rimba Air Force Base. The event marked the official transfer of duties from Warrant Officer 1 (U) Mohamad Suziman bin Haji Sabli to Warrant Officer 1 (U) Shahari bin Haji Manan.

Warrant Officer 1 (U) Mohamad Suziman bin Haji Sabli served as the Operations Group RSM from 11 February 2022 until 27 January 2026. The parade was attended by Warrant Officers, Wing Sergeant Majors (WSMs), Squadron Sergeant Majors (SSMs), and Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) of the Operations Group.

The ceremony included a parade inspection honours, the signing of the certificate, and the symbolic handover of the ceremonial baton for the outgoing RSM to his successor. The newly appointed RSM was then accorded the appropriate honours, followed by a fellowship session and the signing of the commemorative parchment.

To honour the outgoing RSM’s dedicated service, leadership, and invaluable contributions, a Regimental Mess Dinner was hosted later that evening by the Operations Group SNCOs’ Mess at Punai Hall, RBAirF.

UPACARA SERAH TERIMA TUGAS SMR KUMPULAN GERAKAN TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 08 Mei 2026 – Kumpulan Gerakan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Upacara Perbarisan Serah Terima Tugas bagi jawatan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Kumpulan Gerakan bertempat di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Acara tersebut menandakan penyerahan tugas secara rasminya daripada Pegawai Waran 1 (U) Mohamad Suziman bin Haji Sabli kepada Pegawai Waran 1 (U) Shahari bin Haji Manan.

Pegawai Waran 1 (U) Mohamad Suziman bin Haji Sabli telah berkhidmat sebagai SMR Kumpulan Gerakan bermula dari 11 Februari 2022 sehingga 27 Januari 2026. Perbarisan tersebut telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Waran, Sarjan Mejar Cawangan, Sarjan Mejar Skuadron, dan Pegawai-Pegawai Tidak Bertauliah (PTB)  Kanan Kumpulan Gerakan.

Atur cara perbarisan merangkumi penghormatan pemeriksaan perbarisan, penandatanganan sijil serah terima tugas, dan penyerahan simbolik tongkat kuasa daripada mantan SMR kepada pengganti beliau. SMR yang baharu dilantik kemudiannya diberikan penghormatan lalu disusuli dengan sesi ramah mesra dan penandatanganan lembaran kenangan.

Bagi menghargai perkhidmatan yang penuh dedikasi, kepimpinan, serta sumbangan amat berharga daripada mantan SMR tersebut, satu Majlis Makan Malam Rejimen telah dihoskan pada sebelah malam oleh Mes PTB Kanan Kumpulan Gerakan bertempat di Dewan Punai, TUDB.