RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 08 May 2026 – No. 5 Wing, Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Promotion Ceremony for 13 Junior Ranking Non-Commissioned Officers (NCO) at Hangar A, Rimba Air Force Base. The ceremony marked the promotion of five (5) personnel to the rank of Substantive Corporal, three (3) to Acting Corporal, two (2) to Substantive Lance Corporal, and three (3) to Acting Lance Corporal.

The rank insignias were presented by Major (U) Arif Syazwi bin Haji Md Idris, Wing Commander of No. 5 Wing. The event was witnessed by Officers and Senior Non-Commissioned Officers (SNCO) of the wing. This advancement reflects the professionalism, commitment, and high discipline demonstrated by the personnel in executing their duties to support the RBAirF and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

The RBAirF extends its heartfelt congratulations to all promoted personnel and their families. The promotion serves as an institutional recognition of their valuable contributions toward strengthening operational readiness, ensuring the success of air operations, and driving organizational excellence.

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PTB RENDAH CAWANGAN NO. 5, TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 08 Mei 2026 – Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 13 orang Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah bertempat di Hangar A, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Majlis tersebut menyaksikan kenaikan pangkat bagi lima (5) orang anggota ke pangkat Koperal Tetap, tiga (3) orang ke pangkat Pemangku Koperal, dua (2) orang ke pangkat Lans Koperal Tetap, dan tiga (3) orang ke pangkat Pemangku Lans Koperal.

Penyampaian lencana pangkat telah disempurnakan oleh Mejar (U) Arif Syazwi bin Haji Md Idris, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 5, dengan disaksikan oleh Pegawai-Pegawai dan PTB Kanan daripada Cawangan No. 5. Majlis kenaikan pangkat ini mencerminkan profesionalisme, komitmen, dan dedikasi yang ditunjukkan oleh anggota-anggota berkenaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka bagi menyokong TUDB serta Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Pihak TUDB merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota yang telah dinaikkan pangkat serta keluarga mereka atas sokongan dan pengorbanan yang berterusan. Kenaikan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan berharga mereka dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, memastikan kejayaan berterusan operasi udara, dan memacu kecemerlangan organisasi.