
RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 08 May 2026 – A Takeover Ceremony was held at No. 4 Wing, Rimba Air Force Base, to mark the appointment of Major (U) Muhammad Firdaus bin Hj Md Yusof as the new Wing Commander of No. 4 Wing, Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF).
The ceremony was witnessed by Officers, other ranks, and civilian personnel of No. 4 Wing. The proceedings commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by an Honorary Salute and a parade inspection led by Captain (U) Nor Qurattu’aini binti Mohd Roslan.
In his inaugural address, the newly appointed Wing Commander emphasized the critical importance of teamwork, discipline, professionalism, and integrity in ensuring No. 4 Wing continues to effectively support the operational readiness of the RBAirF. He also highlighted the strategic need to strengthen personnel development and continuously enhance logistics capabilities through efficient, systematic, and technology-driven approaches to meet evolving operational requirements.
The ceremony concluded with a group photo featuring the new Wing Commander alongside the Officers, other ranks, and civilian personnel of No. 4 Wing, commemorating the transition in an atmosphere of professional camaraderie.



UPACARA PENGAMBILALIHAN TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH CAWANGAN NO. 4, KUMPULAN BANTU, TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 08 Mei 2026 – Upacara Pengambilalihan Tugas bagi jawatan Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah diadakan bertempat di perkarangan Cawangan No. 4, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Majlis tersebut bertujuan bagi menandakan pelantikan Mejar (U) Muhammad Firdaus bin Hj Md Yusof sebagai Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4 yang baharu.
Hadir bagi menyaksikan upacara tersebut ialah Pegawai-pegawai, anggota-anggota peringkat rendah, dan kakitangan awam Cawangan No. 4. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli dengan Tabik Hormat dan pemeriksaan perbarisan yang diketuai oleh Kapten (U) Nor Qurattu’aini binti Mohd Roslan.
Dalam ucapan pertamanya, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4 yang baharu dilantik menekankan kepentingan semangat kerja berpasukan, disiplin, profesionalisme, dan integriti dalam memastikan Cawangan No. 4 terus menyokong kesiapsiagaan operasi TUDB dengan berkesan. Beliau juga menggariskan keperluan untuk memperkukuh pembangunan modal insan serta meningkatkan keupayaan logistik secara berterusan melalui pendekatan yang lebih cekap, sistematik, dan berteraskan teknologi bagi memenuhi keperluan operasi yang kian berkembang.
Upacara diakhiri dengan sesi bergambar ramai yang mempertemukan Pegawai Pemerintah Cawangan yang baharu bersama Pegawai-pegawai, anggota peringkat rendah, dan kakitangan awam Cawangan No. 4 bagi mengabadikan detik peralihan kepimpinan tersebut dalam suasana penuh profesionalisme dan perpaduan.

