
TANAH JAMBU, Monday, 25 May 2026 – A total of 10 Royal Brunei Air Force (RBAirF) officers have successfully completed the Junior Officers Development Course (JODC) 01/2026. A closing ceremony was held at the Defence Academy Auditorium, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) to mark the conclusion of the six-week programme, which ran from 13 April to 25 May 2026 and featured 34 officers from various RBAF units.
Colonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Commandant of the Defence Academy, attended the ceremony as the Guest of Honour. Senior Officers, course facilitators, and invited guests were also present. The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and verses 8 to 11 of Surah Al-Maidah, led by Lieutenant Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Haji Awang Ahmad from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). This was followed by opening remarks from Major (U) Dk Nurazriana binti Pg Hassanan, Acting Head of Leadership and Management, and a keynote address by the Commandant.
In his speech, the Commandant emphasized that the course reflects the RBAF’s dedication to developing knowledgeable leaders equipped with critical thinking skills, confidence, and the ability to operate effectively within a dynamic security environment.
The JODC is a compulsory professional requirement for Lieutenants eligible for promotion to the rank of Captain. The curriculum is designed to prepare Junior Officers for higher responsibilities by reinforcing core military knowledge and leadership skills. Throughout the programme, participants engaged in academic modules covering leadership, military affairs, defense and security, as well as regional and global issues. The course also utilized team-building exercises, individual and group presentations, and leadership reflections to enhance overall confidence, professionalism, and competence.




10 PEGAWAI TUDB MENAMATKAN JUNIOR OFFICER DEVELOPMENT COURSE 01/2026
TANAH JAMBU, Isnin, 25 Mei 2026 – Seramai 10 orang Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya menamatkan Kursus Junior Officers Development Course (JODC) 01/2026. Majlis penutup kursus tersebut telah diadakan di Auditorium Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) bagi menandakan berakhirnya program selama enam minggu itu, yang bermula dari 13 April hingga 25 Mei 2026 dan disertai oleh 34 orang Pegawai dari pelbagai unit ABDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan majlis tersebut ialah Kolonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Komandan Akademi Pertahanan. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, fasilitator kursus serta jemputan khas. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ayat 8 hingga 11 dari Surah Al-Maidah yang dipimpin oleh Leftenan Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Haji Awang Ahmad dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Mejar (U) Dk Nurazriana binti Pg Hassanan, Pemangku Ketua Kepimpinan dan Pengurusan, dan disusuli dengan ucapan daripada Komandan Akademi Pertahanan.
Dalam ucapannya, Komandan menekankan bahawa kursus ini mencerminkan dedikasi jitu ABDB dalam melahirkan Pegawai-pegawai yang bukan sahaja berpengetahuan, malah dilengkapi dengan kemahiran berfikir secara berkritis, sifat kepimpinan yang berkeyakinan, serta keupayaan untuk beroperasi secara berkesan dalam persekitaran keselamatan yang semakin dinamik.
JODC merupakan keperluan profesional yang wajib bagi Pegawai-pegawai berpangkat Leftenan yang bakal layak untuk dinaikan pangkat ke Kapten. Kurikulum kursus ini direka khas bagi menyediakan Pegawai Muda untuk memikul tanggungjawab yang lebih tinggi dengan memperkukuh pengetahuan tentera teras dan kemahiran kepimpinan. Sepanjang program tersebut, para peserta telah mengikuti sesi akademik yang merangkumi modul kepimpinan, hal ehwal ketenteraan, pertahanan dan keselamatan, serta isu-isu serantau dan global. Kursus ini juga diisikan dengan aktiviti pembinaan kerja berpasukan, pembentangan individu dan kumpulan, serta latihan refleksi kepimpinan bagi meningkatkan keyakinan, profesionalisme, dan kompetensi menyeluruh para peserta.
