
RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 28 May 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held congregational Sunat Hari Raya Aidiladha prayers today at Surau Al-Barakah to mark the annual 1447H celebrations.
Yang Mulia Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Deputy Commander of the RBAirF, attended as the guest of honour. Also present were members of the Board of Executives, Senior Officers, military and civilian personnel, and residents from the local community.
Similar religious services took place concurrently across all suraus in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) bases, camps, and garrisons, including the Pulau Baru-Baru Mosque. The event commenced with the Takbir Raya, followed by the congregational Sunat Hari Raya Aidiladha prayer and a special sermon.


MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILADHA TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 28 Mei 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha berjemaah sempena sambutan tahunan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1447H di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Pemerintah TUDB, Yang Mulia Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley. Turut hadir bagi menyemarakkan majlis tersebut ialah ahli-ahli Badan Eksekutif, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota tentera, kakitangan awam TUDB, serta penduduk masyarakat setempat.
Majlis keagamaan seumpamanya turut diadakan secara serentak di seluruh surau di pangkalan, perkhemahan, dan garison Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru. Majlis dimulakan dengan laungan Takbir Raya, diikuti dengan sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha berjemaah dan diakhiri dengan penyampaian khutbah khas sempena Hari Raya Aidiladha.
