
RIMBA AIR FORCE BASE, Saturday, 31 May 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) welcomed three senior regional air force leaders to the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 65th Anniversary Parade held at Rimba Air Force Base, underscoring the enduring strength of regional defence relations and cooperation.
The celebration was attended by Air Chief Marshal M. Tonny Harjono, Chief of Staff of the Indonesian Air Force (TNI-AU); Major General Kelvin Fan, Chief of Air Force of the Republic of Singapore Air Force (RSAF); and Lieutenant General Dato’ Masro bin Kaliwo, Air Operations Commander of the Royal Malaysian Air Force (RMAF), representing General Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, Chief of the RMAF.
In a notable demonstration of regional camaraderie, Air Chief Marshal M. Tonny Harjono arrived at the base as part of the TNI-AU Jupiter Aerobatic Team formation. The attendance of these senior air force leaders at the RBAF Anniversary Parade reflects the close friendship, mutual trust, and growing cooperation among regional air forces.
The celebration was further enhanced by a dynamic Air Display featuring the RMAF Sukhoi Su-30MKM, RSAF Airbus A330 Multi-Role Tanker Transport (MRTT), and the TNI-AU Jupiter Aerobatic Team. In addition, aircraft and equipment from Australia, the Philippines, the United Kingdom, the United States, and the participating regional air forces were showcased in a comprehensive Air Capability Static Display at the Rimba Air Force Base Apron, highlighting the strong spirit of multinational cooperation and defence engagement.
The participation of regional and international partners in the celebration reflects the longstanding defence relationships cultivated by Brunei Darussalam and reinforces a shared commitment to professional military cooperation, mutual understanding, and regional stability.
The RBAirF extends its sincere appreciation to all participating nations, distinguished guests, aircrew, support personnel, and stakeholders whose contributions ensured the success of the RBAF’s 65th Anniversary Celebration. Their continued support and collaboration remain instrumental in advancing defence diplomacy, strengthening regional partnerships, and promoting peace, security, and stability across the region.




PEMERINTAH-PEMERINTAH TENTERA UDARA SERANTAU HADIR MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE-65
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Sabtu, 31 Mei 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengalu-alukan kehadiran tiga pemimpin kanan tentera udara serantau ke Perbarisan Raksasa Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Ke-65 yang berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Rimba, sekali gus mencerminkan hubungan pertahanan serta kerjasama serantau yang erat dan berterusan.
Sambutan tersebut telah dihadiri oleh Marsekal TNI M. Tonny Harjono, Kepala Staf Angkatan Udara (KASAU) Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU); Mejar Jeneral Kelvin Fan, Pemerintah Tentera Udara Republik Singapura (TURS); dan Leftenan Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwo, Panglima Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang mewakili Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, Panglima Tentera Udara TUDM.
Sebagai lambang keakraban dan semangat persahabatan serantau, Marsekal TNI M. Tonny Harjono telah tiba di pangkalan dengan menyertai formasi penerbangan Pasukan Aerobatik Udara Jupiter TNI-AU. Kehadiran para pemimpin kanan tentera udara ini dalam Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB mencerminkan persahabatan, kepercayaan serta kerjasama yang semakin kukuh antara angkatan udara negara-negara serantau.
Sambutan tersebut turut diserikan dengan Persembahan Udara Dinamik yang menampilkan pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM, Airbus A330 Multi-Role Tanker Transport (MRTT) TURS serta Pasukan Aerobatik Udara Jupiter TNI-AU. Selain itu, aset udara daripada Tentera Sahabat Australia, Filipina, United Kingdom, Amerika Syarikat serta tentera udara serantau yang mengambil bahagian turut dipamerkan dalam Pameran Statik Keupayaan Udara yang komprehensif di Apron Pangkalan Tentera Udara Rimba, sekali gus menyerlahkan semangat kerjasama pelbagai hala dan penglibatan pertahanan yang erat.
Penyertaan rakan-rakan serantau dan antarabangsa dalam sambutan ini mencerminkan hubungan pertahanan yang sekian lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan negara-negara sahabat, serta memperkukuhkan komitmen bersama ke arah kerjasama ketenteraan yang profesional, persefahaman yang lebih mendalam dan kestabilan serantau.
TUDB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua negara yang mengambil bahagian, para tetamu kehormat, kru udara, anggota sokongan serta semua pihak berkepentingan yang telah menyumbang kepada kejayaan Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-65. Sokongan dan kerjasama berterusan yang diberikan amat dihargai dan kekal menjadi pemangkin penting dalam memperkukuhkan diplomasi pertahanan, mengeratkan hubungan serantau serta memelihara keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini.





