
RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 08 June 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF), in collaboration with the Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital Blood Donation Centre, Ministry of Health, organized a blood donation campaign at Dewan Punai.
Held in conjunction with the RBAirF’s 60th Anniversary, the initiative collected blood from 110 RBAirF personnel and civil servants to support the National Blood Bank.
The campaign highlights the RBAirF’s corporate social responsibility and continuous commitment to supporting national healthcare infrastructure. It also aims to foster a spirit of volunteerism and solidarity among personnel while ensuring adequate national blood supplies for patients in need.



KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TUDB KE-60
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 08 Jun 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan, telah mengendalikan kempen derma darah di Dewan Punai.
Dianjurkan sempena Hari Ulang Tahun TUDB ke-60, inisiatif tersebut berjaya mengumpul darah daripada 110 anggota TUDB dan kakitangan perkhidmatan awam bagi menyokong Tabung Darah Negara.
Kempen ini mencerminkan tanggungjawab sosial korporat serta komitmen berterusan TUDB dalam menyokong infrastruktur kesihatan nasional. Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawanan dan perpaduan dalam kalangan anggota, di samping memastikan bekalan darah negara sentiasa mencukupi bagi pesakit yang memerlukan.

