
RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 19 June 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the United States Pacific Air Forces (U.S. PACAF) successfully concluded the Final Planning Conference (FPC) for Exercise PACIFIC ANGEL (PAC ANGEL) 26-1 Brunei. Held from 15 to 19 June 2026 at the CAE Brunei Multipurpose Training Centre (CAE MPTC) and Rimba Air Force Base, the conference finalised preparations for the Search and Rescue (SAR) exercise scheduled from 31 August to 4 September 2026 in Brunei Darussalam.
The upcoming exercise will feature a SAR-focused Field Training Exercise (FTX) integrated with Subject Matter Expert (SME) Exchanges. These activities aim to enhance interoperability and strengthen bilateral cooperation in SAR operations.
Major (U) Emad Hamdi bin Haji Sawal, Commanding Officer No. 1 Wing and Exercise Co-Director, led the RBAirF delegation. He was supported by specialists in SAR operations, Aeromedical Services, Engineering, Tier 2 Special Operations, Cargo Handling, and Base Defence. The U.S. PACAF delegation was led by Colonel Amy Brown (Lead Medical Planner) and Mr. Gregory Fournier (Lead Exercise Planner), alongside 17 planners and experts in Medical Care, Military Aviation Evaluation, Pararescue, Cargo Handling, and Force Protection.
Following the Initial Planning Conference (IPC) in December 2025, this FPC served as the final platform to confirm all operational, logistical, medical, and administrative requirements. Throughout the week, both delegations engaged in detailed planning sessions and site visits to validate deployment readiness for personnel and assets.
The conference concluded with an outbrief summarising key outcomes, followed by a formal signing ceremony to finalise arrangements for PAC ANGEL 26-1. The successful conclusion of the FPC underscores the commitment of both air forces to regional collaboration in Humanitarian Assistance and Disaster Relief, while further reinforcing the longstanding defence relationship between Brunei Darussalam and the United States.






PERSIDANGAN PERANCANGAN AKHIR BAGI EKSESAIS PACIFIC ANGEL 26-1
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 19 Jun 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan United States Pacific Air Forces (U.S. PACAF) telah berjaya mengakhiri Persidangan Perancangan Akhir (Final Planning Conference (FPC)) bagi Eksesais PACIFIC ANGEL (PAC ANGEL) 26-1. Berlangsung dari 15 hingga 19 Jun 2026 di CAEBrunei Multipurpose Training Centre (CAE MPTC) dan Pangkalan Tentera Udara Rimba, persidangan tersebut memuktamadkan persiapan bagi eksesis Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue (SAR)) yang dijadualkan bermula dari 31 Ogos hingga 4 September 2026 di Negara Brunei Darussalam.
Eksesais yang akan datang ini bakal menampilkan Latihan Medan (Field Training Exercise (FTX)) yang memfokuskan kepada operasi SAR, diintegrasikan dengan Pertukaran Subject Matter Expert (SME). Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehoperasian (interoperability) serta memperkukuh kerjasama dua hala dalam operasi SAR.
Delegasi TUDB telah diketuai oleh Mejar (U) Emad Hamdi bin Haji Sawal, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1 selaku Pengarah Bersama Eksesais bagi PAC ANGEL 26-1. Beliau dibantu oleh pakar-pakar dalam operasi SAR, perkhidmatan Perubatan, Kejuruteraan, Operasi Khas Tier 2, Pengendalian Kargo, dan Pertahanan Pangkalan. Manakala delegasi U.S. PACAF diketuai oleh Kolonel Amy Brown (Ketua Perancang Perubatan) dan Encik Gregory Fournier (Ketua Perancang Eksesais), bersama 17 perancang dan pakar dalam bidang Perubatan, Piawaian Penerbangan, Penyelamat Payung Terjun (Pararescue), Pengendalian Kargo, dan Perlindungan Pasukan (Force Protection).
Sebagai lanjutan kepada Persidangan Perancangan Awal (Initial Planning Conference (IPC)) yang diadakan pada Disember 2025, FPC ini berfungsi sebagai platform penyelarasan akhir untuk mengesahkan ke semua keperluan operasi, logistik, perubatan, dan pentadbiran. Sepanjang minggu tersebut, kedua-dua delegasi telah mengadakan sesi perancangan terperinci dan lawatan tapak bagi memastikan kesediaan penempatan anggota serta aset.
Persidangan diakhiri dengan taklimat penutup yang merumuskan hasil utama perancangan, diikuti dengan majlis menandatangani dokumen rasmi bagi memuktamadkan pengaturan pelaksanaan PAC ANGEL 26-1. Kejayaan penganjuran FPC ini menekankan komitmen kedua-dua angkatan tentera terhadap kerjasama serantau dalam Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam, di samping terus memperkukuh hubungan pertahanan yang sedia terjalin lama antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat.


