RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 26 June 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) received His Excellency General Ukris Boontanondha, Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces, during an official visit to Rimba Air Force Base today.

Upon arrival, His Excellency was welcomed by Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF. The programme commenced with an official group photo session, followed by a corporate briefing detailing the RBAirF’s organisational structure, operational roles, strategic responsibilities, and ongoing capability development initiatives.

His Excellency and the delegation subsequently proceeded to Hangar B for a static display tour highlighting the RBAirF’s air assets and operational capabilities. The tour showcased the RBAirF’s continuous efforts to strengthen air power, enhance operational readiness, and support the defence of Brunei Darussalam.

This visit is part of His Excellency General Ukris Boontanondha’s official itinerary to the Sultanate and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Such engagements underscore the longstanding defence relationship between the RBAF and the Royal Thai Armed Forces, reinforcing a shared commitment to strengthening bilateral cooperation, enhancing professional military exchanges, and contributing to regional peace and stability.

TUDB TERIMA LAWATAN DARIPADA KETUA TURUS PERTAHANAN, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA THAILAND

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 26 Jun 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima lawatan rasmi daripada Tuan Yang Terutama Jeneral Ukris Boontanondha, Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, ke Pangkalan Tentera Udara Rimba hari ini.

Sejurus ketibaan, Tuan Yang Terutama telah dialu-alukan oleh Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB. Program dimulakan dengan sesi bergambar ramai rasmi, diikuti dengan taklimat korporat yang memperincikan struktur organisasi, peranan operasi, tanggungjawab strategik, serta inisiatif pembangunan keupayaan semasa TUDB.

Tuan Yang Terutama bersama rombongan seterusnya bergerak ke Hangar B bagi menyaksikan pameran statik yang memperlihatkan aset-aset udara dan keupayaan operasi TUDB. Pameran tersebut mempamerkan usaha berterusan TUDB dalam memperkukuh kuasa udara, meningkatkan kesiapsiagaan operasi, serta menyokong pertahanan Negara Brunei Darussalam.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada jadual lawatan rasmi Tuan Yang Terutama ke Negara ini dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Perjumpaan seumpama ini menekankan lagi hubungan pertahanan yang lama terjalin antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, sekali gus mengukuhkan komitmen dalam kerjasama dua hala, meningkatkan pertukaran ketenteraan profesional, serta menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.